MH Bersama Erra Fazira di Sabah (3 - 4 Mei 2002)
Erra menyamar jadi Kak Senah…

Oleh: Aniff Ghani
Jg: Baki Ali

Tanggal 3 Mei 2002 (Jumaat), jam 12.50 tengah hari MH bersama rombongan penyanyi dan pelakon popular tanahair, Erra Fazira serta syarikat rakaman Sony Music bertolak ke Kota Kinabalu, Sabah. Tapi sebelum itu, semuanya (orang kuat Sony, Big and Amran Omar, 2 penari Erra, Zaini dan Amy serta pro EFE, Hafiz) sudah berada di lapangan terbang Subang, cuma menunggu Erra yang masih dalam perjalanan. Tunggu punya tunggu, kami terserempak dengan Erra bersama makciknya, Linda dihantar oleh seseorang. Sebaik sahaja mereka lihat kami, kereta itu terus berhenti di tempat lain. Siapa tu? Tentu anda dapat meneka siapa gerangan yang menghantar Erra itu.

Sewaktu Erra sedang menunggu di kaunter penerbangan Subang, ramai juga peminat yang perasannya, lalu bergambar da minta autograf. Birpun mengejar masa, Erra tetap ramah melayan peminatnya.

Hampir jam 3.00 petang, kami tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu. Kali ini Erra diserang oleh peminat dan pekerja di situ pula. Apa lagi bergambar sakanlah sampai terlupa beg masing-masing. Sebaik sahaja mengambil beg, kami terus menaiki teksi ke tempat penginapan.

Sampai sahaja di Hotel Promenade (tempat penginapan), kami terus 'check-in'. Jam 4.30 petang, MH, Erra, Linda, Hafiz, Zaini dan Amy pun bergerak untuk memulakan aktiviti pertama kami ke pusat membeli-belah, hujan turun renyai-renyai dan kami membatalkan rancangan pertama itu sehingga hujan reda. Memandangkan di depan hotel terdapat gerai makan berlatarbelakangkan pemandangan tepi laut, kami terus menghabiskan masa di situ selama sejam lebih. Ketika menuju ke gerai itu, jalan penuh sesak dengan kenderaan dan kedengaran beberapa suara peminat memanggil nama Erra. Rupa-rupanya jalan sesak disebabkan pemandu kenderaan berhenti untuk melihat Erra dengan lebih dekat. Gamat suasana ketika itu tapi Erra tetap melambai tangan sambil melebarkan senyuman kepada peminatnya.

Sepanjang berada di gerai makan itu, macam-macam yang kami sembangkan. Apa yang menyeronokkan bila melihat Erra mengusik Hafiz dan bercakap 'bahasa rahsia' dengan Linda. Hah, jangan ingat tak tahu bahasa rahsia itu. Fahamlah juga sikit-sikit. Sambil menunggu minuman dan makanan di gerai yang kami namakan 'gerai satu jam' itu, ramai memerhatikan meja kami. Maklumlah kecoh dan riuh rendah dengan gelagat Erra yang mula melakonkan watak kak Senah. Erra melakonkan watak kak Senah untuk mengelak dari peminat mengenalinya, takut keadaan menjadi huru-hara. Dengan mimik muka dan muncungnya Erra berubah karektor seketika petang itu.

Rasa macam 'shooting' filem komedi pula. Ada beberapa pelayan di situ berulang-alik di meja makan kami bagi memastikan betul ke Erra Fazira yang makan di gerai mereka. Sabaik sahaja, salah seorang pelayan itu datang mengambil 'order', Erra secara spontan berubah wajah menjadi kak Senah. Selesai mengambil 'order', pelayan itu menyedari orang di depannya itu adalah Erra Fazira sampaikan tergamam dia melihat kejelitaan Erra. Lalu pelayan tersebut mencanangkan pada kawan-kawannya di situ bahawa Erra Fazira makn di gerai mereka. Agaknya kerana seronok bercerita sampai terlupa buat air dan makanan.

Masing-masing tergelak melihat aksi Erra walaupun ketika itu kami merungut kerana minuman dan makanan tidak sampai setelah sejam menunggu (itu sebabnya kami menamakannya, 'gerai satu jam'). Setelah puas merungut, minuman sampai dulu, kemudian kami terpaksa menunggu makanan selama sejam lagi. Istimewanya, kak Senah dapat makanan dulu, kemudian disusuli kami semua.

Selepas puas menatap wajah kak Senah yang asyik hantar SMS (hantar pada ehemm ke?), pelayan di situ sekali lagi inginkan kepastian, betul ke kakak yang bertopi itu, Erra Fazira?

Bila kami mengatakan itu bukan Erra Fazira sebaliknya kak Senah yang mirip wajah Erra, mereka tak percaya dan tetap ingin memerhati wajah kak Senah dengan lebih dekat. Akhirnya kami tak boleh menipu kerana rata-rata peminat di situ mengenali Erra selepas Erra bergambar kenangan berlatabelakangkan pemandangan menarik pada waktu senja.

Ketika itu, keadaan tidak dapat dikawal kerana peminat sudah mula mengerumuni Erra untuk minta tandatangan dan bergambar. Nasib baiklah ada 'bodyguard' yang segak dan gagah, Hafiz (ye ke?) kalau tidak tentu keadaan bertambah kecoh.

Kira-kira jam 6 lebih, kamipun bergegas ke pusat membeli-belah yang berdekatan dengan hotel. Sepanjang perjalanan, Erra dikawal ketat dan setibanya kami di situ seorangpun tak perasan Erra. Rasa lega kerja kami ketika itu dan sebaik sahaja kami tiba di kedai aksesori, seorang peminat menjerit nama Erra sekuatnya sehingga semua yang memandang ke arah kami. Belum sempat keluar dari membeli-belah itu, berduyun-duyun peminat mengekori kami dari belakang sehinggakan tak sempat merayau banyak tempat.

Pada jam 11.00 tengah malam, Erra ditemubual secara eksklusif selama satu jam oleh deejay Radio Malaysia Sabah Bahagian Melayu, Johara Abdullah.

Terima kasih kepada pihak Celcomyang menjadi penaja utama perjalanan kami disamping Sony Music serta pihak-pihak lain yang terlibat.

Dikawal rapi

Pada 4 Mei 2002, tepat jam 12.00 tengahari majlis pelancaran album terbaru Erra, 'Sampai Bertemu' diadakan secara kecil-kecilan di kelab Dejavu, Hotel Promenade.

Kesempatan itu, Erra dapat mengenali lebih dekat wartawan dan jurugambar dari Sabah serta berbincang dengan lebih mendalam tentang album terbarunya. Di majlis itu, orang kuat Sony Music, Amran Omar turut sama menjayakannya. Selesai majlis tersebut, wartawan dan jurugambar, mengerumuni Erra untuk sesi fotografi dan autograf.

Hampir jam 3.00 petang, kami mengadakan sesi fotografi ekskusif bersama Erra. Kemudian kami ke Kompleks Karamunsing jam 4.00 petang, suasana agak lengang. Maklaumlah ketika itu, kami datang menaiki bas mini. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam kompleks tersebut, sambutan di luar jangkaan dan amat mengejutkan.

Lebih kurang 3000 peminat datang menyaksikan persembahan Erra petang itu. Erra berjaya menghiburkan pemintanya menerusi tiga buah lagu, 'Lepaskanku', 'Sampai Bertemu' dan 'Fahamilah'. Dengan iringan dua penari Zaini dan Amy, Erra cukup berkeyakinan petang itu. Walaupun sistem bunyi tidak begitu bagus, Erra dapat mengawal suasana dengan nyanyian 'live' serta komunikasinya bersamap peminat. Erra juga menarik beberapa peminatnya ke atas pentas untuk berlakon, menari dan menyanyi bersamanya. Peminta yang bertuah akan menerima hadiah tajaan Celcom dan Sony Music.

Peminat berasak-asak sambil menjerit nama Erra menyebabkan kawalan pengawal ketat tapi asakan tiu mencetuskan beberapa masalah. Peliknya, beberapa kaset dan CD terbaru Erra yang dijual petang itu telah dicuri. Ia cukup mengecewakan. Di akhir persembahan, peminat yang membeli album original berpeluang mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan Erra.

Biarpun bermandian peluh dan penat melayan karenah peminat, Erra tetap tenang menghadapinya. Difahamkan, pihak Sony Music berjaya menjual 50 keping CD dan 300 kaset terbaru Erra pada petang itu. Setibanya kami di hotel, ramai peminat sedang menunggu untuk bergambar dengan Erra. Erra sempat melayan peminatnya seketika kerana dia mengejar masa untuk ke lapangan terbang Kota Kinabalu. Destinasi kami seterusnya, Kuching, Sarawak.

Di Sarawak