MH Bersama Erra Fazira di Sarawak (5 - 6 Mei 2002)
Peminat lelaki ke pentas aje mesti 'Yusry'
Lebih kurang ham 10.00 malam (4 Mei 2002), kami tiba di lapangan terbang Kuchin, Sarawak. Ketibaan kami disambut baik dengan kereta mewah dan van dari Holiday Inn, tidak seperti di Sabah di mana kami terpaksa manaiki tiga teksi untuk ke hotel.
Setibanya di tempat openginapan, kedatangan kami juga disambut baik oleh pihak Hotel Crowne Plaza Riverside, Kuching. Selepas 'check in', kami diundang makan malam di restoran hotel tersebut. Selesai makan, pengurus hotel tersebut membawa kami berhibur, ternyata layanan mereka cukup baik.
Seperti biasa, keesokan harinya (5 Mei 2002) selepas sarapan pagi kami terus pergi ke pekan Kuching untuk membeli-belah. Tapi yang sedihnya, satu kedaipun tidak dibuka pada jam 10.00 pagi. Jadi kami terpaksa berpatah balik di hotel untuk bersiap ke majlis pelancaran album terbaru Erra di kelab Tribes, Hoiliday Inn.
Majlis pelancaran bermula jam 12.30 tengahari. Matlamat majlis pelancaran yang ringkas itu sama seperti di Sabah di mana wartawan dan jurugambar dapat mengenali Erra dega lebih dekat disamping mengeratkan tali silaturahim.
Yang kelakarnya, majlis pelancaran album bertukar menjadi majlis perdebatan tentang filem dan peribadi Erra (kira dah lari topik asal).
Biarpun sebelum ini Erra pernah ke Sabah dan Sarawak mengadakan persembahan tapi kedatangannya kali ini bertepatan kerana dia menjayakan promosi bergerak album terbarunya.
Sebelum ke Kompleks Tun Jugah mengadakan persembahan, kami sekali lagi mengambil gambar eksklusif bersama Erra berlatarbelakangkan permandangan indah. Tapi lokasi kami hanya di bilik Erra, tingkat 14. Kreativiti jurugambar kami membuatkan gambar nampak menarik biarpun lokasi sesi fotografi kami di tingkat atas.
Walaupun Kompleks Tun Jugah dekat dengan tempat penginapan kami tetapi perjalanan kami tetap manaiki kereta yang disediakan oleh pihak hotel.
Persembahan Erra bermula jam 4.00 petang dan konsepnya lebih kurang sama dengan
persembahan di Kompleks Karamunsing, Sabah. Cuma kali ini peminat di Tun Jugah
agak pemalu. Kalau ada yang naik di atas pentaspun, semuanya bercakap 'macam
dalam kelambu', agaknya tergamam tengok Erra Fazira lebih dekat kot. Suasana
gamat menyelubungi kompleks tersebut bila seorang peminat 'lalok' naik di pentas.
Tanpa berlengah, Erra bertanya soalan pada peminat itu tapi jawapannya senyap
dan tersipu-sipu malu. Rupa-rupanya dia malu sebab tak ada gigi.
Sambutan peminat begitu menggalakkan, lebih kurang 2500 penonton datang menyaksikan
persembahan Erra. Erra mendendangkan tiga buah lagu yang dipetik dari album
terbarunya, 'Sampai Bertemu' serta mengajak peminat berlakon dan menari bersamanya.
Selepas persembahan, peminat yang ingin bergambar dan mendapatkan tandatangan
Erra kenalah membeli album yang dijual di depan pentas. Pada masa itu hanya
200 kaset sahaja yang tinggal kerana CD dan separuh kaset sudah habis dijual
di Sabah. Sambutan hebat pada petang itu membuatkan 200 kaset yang dibawa habis
dijual.
Pelbagai reaksi peminat yang dapt kita lihat ketika bergambar dan minta tandatangan. Ada yang menghentak kaki, menangis, mencium, memeluk Erra sekuatnya, patah tangan, bawa satu keluarga dan tidak kurang juga yang bertanya tentang Yusry KRU. Patutlah sewaktu Erra berlakon dengan peminat lelaki, ramai yang memanggil nama Yusry. Itu tanda peminat merestuui hubungan Yusry dan Erra bila mereka digosipkan bercinta.
Nyata Erra mampu menghiburkan peminatnya dengan persembahan mantap dan lincah biarpun ruang legar kompleks tersebut agak sempit. Bukan Erra sahaja menjadi perhatian, malah komposerdan lirik lagu 'Sampai Bertemu', Amran Omar turut ada peminat. Kalau tidak, masakan ramai ingin bergambar dengannya.
Kisah Abang Botak...
Sepatutnya selesai persembahan, kami pergi membeli-belah tapi memandangakan semua kedai tutup awal petang itu, kamipun lepak di bilik sahaja. Pada sebelah malamnya, sebelum pergi ke Radio Malaysia Sarawak, Erra sempat melihat kami berkaraoke di kebal eksklusif Crowne Plaza Riverside Kuching.
Kemudian tepat jam 11.00 malam, Erra bersama pihak Sony bergegas untuk sesi
temubual selama sejam lebih di Radio Malaysia Sarawak bersama deejay, Zaidi
Bujang. Selesai sesi temubual, kira-kira jam 12.30 malam, Erra bersama pihak
Sony turun sekali lagi di kelab itu untuk bermain 'pool' dan berkaraoke. Nak
lepas geramlah... Nasib baik tak ramai orang ketika itu, jadi sakanlah kami
menyanyi. Erra sempat mendendangakan lagu 'Crazy' nyanyian Britney Spears bersam
iringan dua penyanyi latar yang diundang khas. Siapa tu? Begitu juga Amran Omar
sempat tunjuk bakat menyanyi, boleh tahan juga suaranya. Yang lucunya, bila
abang Botak kena 'dera' sebab kalah main 'pool' dengan Erra. Sepanjang di kelab
itu Erra tetap bersikap 'low profile' dan tetap ingin dikenali sebagai kak Senah,
takut ada yang perasannya.
Keesokan harinya (6 Mei 2002) sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, abang
Botak awal-awal pagi dah megejutkan Erra Fazira untuk paergi membeli-belah.
Maklumlah abag Botak jadi 'bodyguard' sementara pagi itu. Tepat jam 8.00 pagi,
mereka 'check out' dan terus beredar untuk membeli-belah. Apalagi Erra dan Linda
'rambang mata' ketika membeli-belah, habis barang diborongnya. Hampir RM300
mereka berbelanja pagi itu membeli aksesori dan cenderahati sahaja. Nasib baik
ada abang Botak, dapatlah diskaun 15% setiap barangam. Mereka tiba tepat di
lapangan terbang Kuching, kalai terlajak, balik naik tongkanglah jawabnya macam
dialog abang Botak masa pergi ke Sabah. Setibanya di lapangan terbang Kuching,
ramai peminat menunggu Erra untuk mengucapkan selamat tinggal. Sememangnya Erra
peramah dan disenangi peminat-peminatnya. Apapun, Erra begitu seronok sapat
bertemu peminat di Sabah dan Sarawak sepanjang promosi album terbarunya. Terima
kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat.