Erra tak rela bermadu
Oleh: Huzz

Bermadu... isu yang boleh dikatakan sensitif bunyinya dikalangan orang perempuan.

Sebut saja cerita bermadu atau poligami... ada perempuan yang sakit telinga mendengarnya. Boleh bergegar rumah tangga tu kalau ada suami baru mengusik isterinya yang dia nak kahwin lagi.

Buktinya apabila poligami dibolehkan, tidak semua yang bersetuju kerana banyak juga yang membantah.

Apa pula pendapat penyanyi dan pelakon cantik Erra Fazira? Bagaimana pula komen hero filem Mr. Cinderella iaitu Yusry, yang kononnya disebut-sebut akan melamar Erra tahun ini?

Jom baca cerita pengakuan kedua-dua mereka:

Cerita Erra: "Madu bunyinya mungkin manis bagi lelaki tetapi pahit bagi kebanyakan perempuan. Tidak ramai perempuan mahu dirinya dimadukan suami mereka.

Kalau ditanyakan sekarang apa akan Erra buat kalau dalam perkahwinan tu suami Erra nak kahwin lain, jawapannya ialah Erra akan berbincang dengannya untuk melepaskan Erra. Ya... Erra akan angkat kaki (menarik diri). Erra tak rela bermadu.

Tapi tak tahulah kalau Erra dah masuk alam perkahwinan tu dan mengalami peristiwa itu... kalau waktu tu Erra dah ada anak barangkali Erra seperti kebanyakan perempuan yang terpaksa melalui alam bermadu.

Erra tak nak anak-anak menjadi mangsa. Mungkin ada lelaki senang nak kahwin satu, dua, tiga atau empat... tanpa memikirkan rasa sakit dan pahit madu itu pada perempuan. Tetapi ingatlah Allah sendiri menuntut lelaki berlaku adil (pada isterinya).

Kerana Dia memahami betapa cubaan bermadu itu meguji hati perempuan kot kerana itulah Dia memberikan ganjaran payung emas untuk isteri yang penyabar (dalam hidup bermadu).

Manakala bagi suami yang tidak berlaku adil tentu akan ada balasannya. Pendek cerita bermadu bukan perkara mudah.

Pernahkah Erra dilamar untuk menjadi isteri kedua, kalau ada lamaran begitu... apa komen Erra?

Erra dah faham betapa sakitnya hati perempuan kalau kekasih atau suaminya dirampas... jadi takkanlah Erra nak memperlakukan demikian kepada perempuan lain. Erra aka beri alasan yang patut kepada lamaran begitu. Tak ada lamaran begitu setakat ini.

Bagaimana pula kalau dalam bercinta, Erra juga diduakan?

"Tidak ada siapa perempuan yang mahu bercinta bersama-sama dengan satu lelaki dalam satu masa. Erra memang nak cakap sangat kat sini hati lelaki ni susah nak dibaca. Sekarang ni ada lelaki bila kita tengok dia okey... nampak baik di depan mata kita... tapi tak semestinya di belakang kita dia okey.

"Erra juga sekarang sudah serius memikirkan soal kahwin. Kalau Erra dah bercinta... Erra akan serius. Lagipun pada usia dah 28 tahun sekarang... sudah waktunya Erra nak settle down jadi tentulah Erra mahu bertemu lelaki yang serius untuk berkahwin kalau dia nak bercinta dengan Erra. Tapi Erra tak suka memaksa kerana dalam cinta Erra tak suka paksa orang lain mencintai Erra.

"Erra juga tidaklah semudah sesetengah orang, putus cinta hari ini esok dah dapat yang baru. Erra juga kena mengambil masa untuk menyukai atau membalas cinta seseorang. Apabila Erra dah suka kepadanya, Erra tak naklah dia kemudiannya curang atau buat hal yang menyakitkan... Erra akan menarik diri. Buat apa kita nak berpura-pura untuk mencintainya sedang hati dah terluka."

Bagaimana dengan Yusry?

"Hmm Erra memang suka berkawan dengannya. He is a nice man. Bagaimanapun setakat ini kalau pun orang kata kami nak kahwin, hangat bercinta... apa yang boleh Erra katakan kami bukanlah pasangan pengantin tahun ini.

"Erra tak nak cakap bab kahwin kami sebab cerita itu tidak pernah kami bincangkan lagi. Senang cakap, Yusry tu cuma kawan rapat. Ya... masa dulu mula kenal dia suka mengadu masalahnya dengan Erra dan meminta pendapat.

"Erra tak nafikan paling lama pernah bercakap dengannya di telefon ialah selama tiga jam. Sekarang ni kalau lama tak jumpa, ada kala kami saling berhubung di telefon, tapi tak laa lama-lama.

"Ya, emak Erra (Puan Azizah) memang suka bila mendengarkan kisah kami sebab dia pun dah tahu Erra sekarang sedah bersedia untuk berkahwin. Bagaimanapun lebih baik di sini Erra tak panjang lebarkan cerita kahwin kerana Erra masih memerlukan masa. Erra juga mahu seseorang lelaki yang Erra cinta itu benar-benar dah bersedia untuk menjadi suami Erra, masa tu baru boleh fikirkan.

"Cinta bukan main-main... macam tu la kahwin, bukan main-main, ianya serius sebab nak hidup lama. Erra tak mahu merasai kekecewaan dalam berumahtangga, jadi dalam bercinta itu Erra mahu pasangan Erra juga serius memikirkannya."

Apakah Erra akan mebngadakan sidang akhbar kalau sudah sampai masanya untuk berkahwin?

"Sidang akhbar? Bukan tak mahu, Erra ingat lagi... sebelum ini semasa buat majlis dan sidang akhbar untuk menghargai wartawanm ada wartawan mengata Erra kat belakang. Walhalnya niat Erra nak menghargai mereka yang banyak membantu perkembangan karier Erra. Tak kiralah selama ini mereka mengkritik atau menyokong.

"Nanti kalau Erra buat sidang akhbar nak umumkan tarikh dan majlis kahwin... apa pulak dia orang tu kata lagi. Tu yang Erra tak terfikir pun nak buat majlis sidang akhbar untuk majlis kahwin. Sampai masa Erra akan beritahu dengan kad undangan."

Komen sedikit mengenai filem Mr. Cinderella?

"Berbeza dengan watak sebelum ini... walaupun Erra ni tak berpeluang jadi orang istana, tapi dalam filem tu Erra dah jadi anak raja. Nama Erra, Puteri Megawati dari negeri Indrapuri.

"Erra berpeluang berlakon dengan Yusry dan apa yang Erra harapkan penonton boleh terima lakonan kami dan jalan ceritanya yang dihasilkan untuk hiburan semata. Bekerja dengan Ahmad Idham sungguh menyeronokkan, dia juga seorang pengarah berbakat.

"Macam Erra ni tak fikie lagi nak mengarah filem walaupun pernah mengarah klip video setahun lalu.

"Cakap mengenai filem apa yang boleh Erra katakan disini... tahun ini Erra agak penat sebab Erra banyak dapat offer berlakon. Lepas Soalnya Siapa (arahan Othman Hafsham) dan selepas filem Mr. Cinderella, Erra dapa offer dua buah filem dari Yusof Haslam pulak."

Adakah kerana itu Erra kurus atau dalam diam-diam sekarang ni makan hati?

Makan hati? Sebenarnya Erra kuruskan badan sebab Erra tak nak muka Erra nampak comel sangat atau tembam.

Pernah berat badan lebih 60kg sekarang cuma lebih 50kg saja. Erra mula tak makan nasi cuma tahun lalu.

Kalau makan pun sikit saja... adalah sesenduk saja. Tapi mungkin Erra kenalah kurangkan kurus badan ni sebab kalau makin kurus urat tulang pulak nampak!"

Komen Yusry