Bertukar kereta tak semestinya saya playboy - Yusry

Kata Yusry Abdul Halim (29 tahun): "Memang betul saya pernah bertukar kereta, betul juga sebelum ini saya pernah becinta dengan perempuan lain sebelum Erra. Tapi itu tak semestinya menunjukkan saya ni playboy atau akan pasang dua bila dah kahwin.

"Kalau saya dah kahwin... saya tak akan madukan isteri saya. Kalau dalam Islam membolehkan lelaki itu kahwin empat... saya tak mahu mengambil peluang. Bukan untuk menidakkan boleh kahwin empat, tapi dalam Islam terang-terang telah diingatkan supaya berlaku adil. Kahwin memang boleh... tapi untuk berlaku adil bila kahwin lebih dari satu... bukanlah perkara mudah.

"Tentang sebelum kahwin... saya tak nafikan saya ada ramai kawan perempuan... tapi kalau bercinta tetap satu. Tak salah kawan ramai... janji jangan cinta tu ramai.

"Mengenai kahwin... saya tak bersedia sekarang bukan sebab tak mampu nak buat majlis kahwin... cuma waktu begini saya dan Erra sama-sama sibuk. Jadi mana ada masa nak memikirkannya. Tak apalah Huzz jangan bimbang, sampai masa nanti saya jemput."

Ada orang kata semasa Yusry berkawan dengan Erra, ada yang nampak Yusry dan adik beradik lain pernah makan malam di mana ada perempuan lain duduk semeja. Apa komen Yusry?

Memang ada baru-baru ini saya, Norman dan Edry keluar meeting awal Ogos lalu dengan wakil (orang perempuan) dari Maxis. Itu semua urusan kerja. Erra pun tahu.

Mengapa Yusry mencukur misai dan janggut yang biasa menjadi gaya macho sebelumini?

"Ini kerana promosi untuk album KRU yang terbaru sedang dijalankan. Ada peminat KRU tak minat saya berkumis dan berjanggut. Pada bulan Ogos saya sibuk lagi dengan promosi album KRU di mana ada lagu duet dengan Erra berjudul Ucapkanlah.

Pada bulan September pula saya akan sibuk promosi filem Mr. Cinderella pula dimana saya dan semua pelakon akan ke pawagam seluruh Malaysia. Filem itu akan mula ditayangkan pada 28 Ogos ini.

Boleh tak Yusry ceritakan tentang bulan madu?

Saya nak bawa isteri saya itu ke Paris dan Venice... saya suka ke sana. Kalau dah kahwin esok kat sanalah tempat di mana saya dan isteri akan berbulan madu.