Yusry tahu - Erra

Kata Erra: Hubungan Erra dengan Azlan ialah kawan biasa sajalah. Erra mengakui memanglah Erra yang memilih Lan untuk mengendalikan kelab pemiant Erra yang akan dilancarkan bulan Julai depan. Erra 'offer' Lan membantu Erra bila Erra tengok dia ni boleh melakukan banyak aktiviti lasak.

Hmm... Lan tu oranganya memang okey, dia banyak bagi 'idea' yang berkaitan dengan aktiviti lasak yang Erra ingin tahu.

Apa komen Erra orang kata you berdua pasangan baru?

Ishhh janganlah cakap macam tu. Tak 'best'lah kalau ada orang dengar, tak sedap kalau ada salah sangka.

Adakah Yusry tahu perihal Erra yang berkawan dengan Azlan?

Masa Erra nak Lan bekerjasama dengan Erra, Yusry telah diberitahu. Memang Erra ada berbincang dengannya lebih dulu untuk meminta pendapat mengenai apa yang nak Erra buat dalam projek kelab peminat.

Macam mana cerita cinta Erra dengan Yusry? Ada orang kata Yusry nak melamar Erra Jun ini?

Yusry? Hmm dia tu masih menjadi kawan rapat Erralah! Jangan cakap laa bab cinta-cinta tu... malunya kalau tak jadi apa orang kata nanti! 'Anyway' sampai saat ini Erra anggap dia teman rapat. Hah... melamar? Yusry tak cakap apa-apa pun! Yang Erra tahu bulan Jun tu ada tarikh ulang tahun hari lahir Yusry. Tak tahulah kalau-kalau dia nak buat 'surprise' pulak masih tarikh itu!

Sungguh setakat ini... Erra tak tahu pun bab rombongan meminang tu!


Betul ke, ada khabar cerita kononnya Erra Fazira telah menolak cadangan Yusry yang nak melamar Erra pada bulan Jun ini? Khabarnya Yusry merancang nak bernikah dengan Erra Disember akhir tahun ini, apakah komen Erra? Adakah benar atau tidak khabar angin itu?

Ini semua gosip muilut orang. Keluarga kami belum berbincang apa-apa lagi pun. Kalau dah ada tanda-tandanya itu... nanti Erra akan cakapkan! Okey!

Apakah komen Erra bila ada ahli keluarga Erra (nenek) dikatakan mahu Erra berkahwin segera dengan Yusry?

Nenek Erra memanglah dari dulu lagi macam tu. Hah... kalau siapa tanya dia tentang Erra... dia akan kata, dia nak tengok Erra lekas kahwin!

Apakah syarat terakhir yang akan Erra berikan jika andainya Yusry sudah bersedia untuk menjadi suami Erra?

Ala... tak payahlah sebut syarat untuk Yusry. Tapi Erra nak sebutkan syarat untuk sesiapa saja yang ditakdirkan akan menjadi suami. Janganlah sebut Yusry sebagai bakal suami... Erra seganlah kalau tak menjadi.

Apapun yang Erra harap sangat seseorang yang nak kahwin dengan Erra tu betul-betul boleh terima Erra dan keluarga Erra. Mesti ada sikap 'understanding'. Kalau dia tahu Erra ada komitmen lagi dalam dunia seni, dia kenalah terima.

Kalau Erra dah bersedia menjadi isteri dan memikul tanggungjawab berumahtangga... jadi, suami Erra pun kenalah begitu.

Paling Erra tak nak... suami kaki pukul!!!

Komen Yusry