Saya tak cemburu pun - Yusry
Masa Huzz berborak pulak dengan Yusry, Huzz tanya pada Yusry tentang Azlan yang menjadi kawan baru Erra
Kata Yusry: Apalah yang nak dicemburukan tu... saya tak cemburu pun. Lan tu rakan kerja untuk kelab peminat dia. Saya tahu mengenai tu. Lagipun apa yang saya nak cemburukan sangat, setakat ini saya dan Erra masih kawan rapat saja.
Macam mana dengan khabar angin cerita you nak bertunang dengan Erra pada 15 Jun depan?
Mana ada Huzz... siapa cakap tu. Tak ada laa. Kalau ada saudara saya bercakap tu... mungkin dia tu tersalah dengar.
Saya pun tak tahu sama ada nak buat majlis ulang tahun hari lahir saya pada Jun ini. Siapalah nak 'celebrate' untuk saya tu!
Apapun... saya setakat ini tak berani nak bercakap soal tunang dan kahwin kerana perancangan belum dibuat. Jangan risau kalau ada apa-apa perkembangan saya beritahulah Huzz. Kalau rezekinya dah ada... saya pinanglah dia!
Yusry kini sibuk dengan promosi album terbaru KRU. Dalam album itu terdapat
sebuah lagu duet antara Yusry dan Erra. Judulnya ialah Ucapkanlah. Filem
Mr. Cinderella lakonan mereka berdua akan ditayangkan pada umum Ogos
depan.