![]() |
![]() |
![]() |
![]() ![]() |
Kenapa ERRA pilih AZLAN?
Oleh: Huzz
Model handsome yang berjawatan pegawai di sebuah bank, Norazlan Nordin mengaku dia adalah kawan baru kepada aktress dan penyanyi cantik - Erra Fazira. Ketika Huzz dan Azlan berbual baru-baru ini, dia tak menafikan sudah berkawan dengan Erra sejak Februari lalu. Azlan juga memberitahu sampai saat ini mereka terus berkawan.
Tambah Azlan, dia juga telah menjadi pilihan Erra untuk satu projek syarikat Erra.
Tentu ada peminat peminat yang jadi gempar bila menatap foto dati album Azlan ni ketika mereka bercuti sambil bekerja di Pulau Pangkor. Bagaimana pula hubungan Erra dengan Yusry?
Jom kita baca cerita pengakuan Azlan & Erra kepada Huzz!
Tak sangka jadi kawan Erra
Cerita Azlan: Dulu saya ni seorang peminat Erra dan beberapa artis Malaysia. Saya pernah juga suka mendengar beberapa lagu hitsnya dan menonton lakonan Erra.
Kemudian saya berpeluang bertemu secara 'in person' dengannya ketika dia datang ke Pertandingan Hero Remaja (anjuran majalah Remaja) pada tahun 1998 di Kuala Lumpur. Dalam pertandingan itu saya telah menjadi Juara.
Tahun 2000 pula saya jumpa lagi Erra secara dekat ketika naik satu lif untuk menonton Juara Lagu 2000 (anjuran TV3) yang diadakan di Dewan MBSA Shah Alam, Selangor. Pada dua pertemuan secara 'in person' itu saya hanya menegur "hai" kepadanya dan Erra pun membalas teguran itu.
Cuma pada tahun 2002 Februari lalu saya tak sangka saya duduk sebelah Erra ketika menjadi pengadil untuk pertandingan Hero Remaja.Masa itulah saya berpeluang bercakap-cakap dengannya. Saya boleh dikatakan kawan baru Erra. Saya tak sangkalah Erra tu tak sombong. Walaupun dia cantik dan popular malah 'top' kat Malaysia ni tapi dia mesra dan baik hati.
Kemudian saya dan Erra ditemuakan dalam satu program di Pulau Pangkor iaitu Cit Cat Azwan program tv Astro Ria. Masa tu pertengahan Februari awal tahun ini. Selama dua hari kami di sana dan paling berdebar bila Erra ditugaskan untuk menemuramah saya.
Sejak hari itu kami sering berhubung di telefon dan bertanya khabar. Masa kat Pangkor, Erra bertanya sudikah saya menjayakan beberapa projek untuk ahli yang menyertai kelab peminatnya.
Bila dia tahu saya minat dengan aktiviti lasak seperti Jungle Tracking, Kayaking, Flying Fox dan macam-macam lagi aktiviti sukan lasak, dia kata, dia ingin memilih saya untuk bekerjasama dengannya. Kelab peminatnya akan dilancarkan Julai depan.
Saya menerimanya kerana sejak mengenalinya saya tak nafikan saya sudah menjadi peminat nombor satu Erra. Saya tak sangka terpilih untuk bekerjasama dengannya.
Jadi kerana itulah bila balik ke KL kami kadang-kadang keluar bersama untuk berbincang mengenai projek ini. Kami tak keluar berdua, kalau nak kelaur Erra akan membawa sama pembantu peribadinya.
Masa di KLCC dan beberapa tempat lain ada paminat malah kawan saya ternampak kami. Ada kawan dah bertanya, apa hal saya keluar dengan Erra? Jawapannya macam yang saya katakan tadi... saya adalah kawan baru dialah. Apapun saya suka berkawan dengan Erra sebab dia jenis 'easy going', ramah dan saya suka cara dia.
Apa komen Azlan terhadap kecantikan Erra? Adakah dalam diam Azlan jatuh cinta kepada Erra?
Dia memang cantik dan boleh membuat lelaki jatuh cinta padanya. Tapi antara saya dan dia... janganlah dikaitkan soal cinta. Saya juga berharap Yusry faham dan tidak mengatakan saya ni mengganggu hubungan dia dengan Erra. Pada saya, Erra kawan baru saya dan saya kawan baru dia. Kalau saya ni nak bercinta dengan sesiapa pun saya akui saya perlu mengambil masa. Jadi tak betullah kalau saya dikatakan dah bercinta pulak dengannya.
Saya juga percaya soal jodoh itu, takdir menentukan. Jadi... tunggulah sampai masanya.Kalau jodoh saya dengan artis terkenal saya terima. Keluarga saya pun tak halang.Tapi sekarang ni saya bukanlah kekasih mana-mana artis.
Apa komen you pada cinta Yusry dan Erra?
Tentang cinta Erra dengan Yusry tu... saya tak mahu komen. Itu hal peribadi dia orang.
Dulu Azlan pernah dikaitkan dengan Intan Sarafina dan Fiza? Komen sikit.
Pada saya dia orang tu baik dan ok. Ya, kami diperkanalkan ketika menjayakan fotografi untuk majalah hiburan dan selepas itu kami pun berkawan.
Tapi taklah serius sampia bercinta. Kawan biasa sajalah. Sebelum ini saya pernah bercinta dan dua kali gagal dalam percintaan. Bekas kekasih saya yang pertama ialah kenalan semasa kami sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara di Skudai, Johor. Sekarang dia dah kahwin dengan orang lain. Bekas kekasih saya kedua pula seorang gadis yang terlalu muda orangnya, dan tak ada sefahaman antara kami.
Kini setelah menjadi model lelaki popular, ada atau tidak perempuan yang terlalu gilakan Azlan?
Ya ada! Sampai saya terpaksa membuat aduan polis baru-baru ini. Saya tak minat perempuan yang tak boleh mengawal dirinya bila jatuh cinta.
Ada seorang gaids berusia 17 tahun sanggup datang ke rumah kerana minat habis
kat saya. Tak cukup tu... dia pernah menahan kereta yang saya sedang pandu samapi
nyaris saya nak terlanggar dia. Melihat dia terlalu fanatik cinta dan seolah
mengganggu saya... kawan saya cadangkan saya buat aduan polis. Saya baru membuat
laporan mengenai kes itu. Saya tak mahu dia mengganggu saya lagi.