Siapa Lea di samping Yusry?
Oleh: Huzz
Pasti ramai peminat tertanya-tanya... apa dah jadi ni? Kulit depan majalah Mangga keluaran ini menyaksikan Yusry KRU dengan perempuan cantik bernama Lea. Mana perginya Erra Fazira? Bukankah sebelum ini kecoh mereka bercinta?
Tajuk pun panas... Yusry melamar Lea. Hmm jom baca cerita di sebalik gambar berdua Yusry dan Lea, model baru yang cun ni.
Adakah kerana kehadiran model Azlan Nordin yang diambil bekerja oleh Erra untuk projek kelab peminatnya... membuatkan model Lea pula hadir dalam hidup Yusry. Barangkali itulah yang menjadi tanya peminat.
Sebenarnya Lea Wardiena Ghazali (gadis kacukan Arab Melayu), 23 tahun, pelajar Universiti Tun Abdul Razak, Kelana Jaya, Selangor, (dalam bidang IT) berminat popular sebagai model dan sebelum ini banyak menjayakan pertunjukan fesyen pakaian dan inilah kali pertama menghiasi majalah hiburan.
Lea pernah mengenali Yusry beberapa tahun lalu. Katanya, "Masa tu Yusry (dan KRU) datang membuat show di Pulau Pinang. Saya ni berasal dari sana. Itulah kali pertama saya melihat dia secara berdepan. Tapi saya dan Yusry tak pernahlah berhubung di telefon. Pertemuan hari ini menggembirakan sebab saya berpeluang bergambar dengannya.
Ha... kalau nak tahu Lea mewakili geng Mangga dan Erra Fazira (yang tak dapat datang ke lokasi fotografi) untuk meraikan harijadi Yusry ke 29 tahun. Huzz yang rancang nak bikin kejutan pada sambutan harijadi ke 29 tahun Yusry tahun ini. Harijadi Yusry jatuh pada 15 Jun. Tapi diraikan beberapa hari awal. Kebetulan masa tu Erra ligat dengan shooting 'Soalnya Siapa?' (arahan Othman Hafsam terbitan Serangkai Filem) di sekitar Kuala Lumpur.
Bila Huzz memberitahu rancangan nak mengambil gambar dengan perempuan lain, Erra tak marah malah mengatakan, "Cuma sayangnya Erra tak dapat nak join sama sebab sibuk dengan jadual shooting. Tak apa, Huzz tolong bagi kad kreatif yang Erra buat untuk Yusry ni. Sebenarnya Erra mengambil masa sehari untuk siapkannya bila Huzz beritahu pasal nak ambil gambar Yusry tu. Kirim salam kat dia tau," kata Erra.
Bagaimanapun seksanya nak mendapatkan keputusan Yusry untuk berfoto dengan perempuan lain... dia kata, takut Erra marah atau cemburu! Bila Huzz katakan Erra dah tahu... dan akan menyerahkan kad kiriman Erra... barulah Yusry bersetuju.
Maka hari itu berfotolah Yusry dan Lea di depan Huzz, jurufoto Fatah Sulaiman, jurusolek Saidatul Nisa (kakak penyanyi Ella), Jai (PR KRU) yang menemani Yusry serta Boy (kawan Lea).
Kebetulan selepas habis fotografi petang itu, Pengawai Perhugungan Awam di KRU Records, Jai, yang menemani Yusry, meminta nombor telefon Lea. Katanya, untuk projek jadi model klip video terbitan KRU.
Huzz pun tanya pada Yusry... adakah Yusry dah melamar Lea menjadi model klip video KRU?
"Sebenarnya saya bersetuju bila Jai nak mengambil dia jadi model. Itu kerja Jai, dia suka nak ambil Lea bila tengok Lea tinggi, cantik dan ada potensi jadi model. Pada saya Lea ada potensi jadi model."
Yusry mengakui pihak dirinya dan KRU akan melamr mana-mana model baik lelaki atau perempuan yang dirasakan sesuai jadi model video klip mereka.
MELAMAR BUAT ISTERI KEPUTUSAN YUSRY
"Tapi bukan saya seorang buat keputusan... semua akan buat keputusan, cuma nak melamar buat isteri saja... itu keputusan saya sebab saya yang nak kahwin. Bagaimanapun soal lamaran untuk kahwin... saya belum terfikir sekarang.
"Tentang jodoh saya dengan dia tu saya berserah pada takdir, kalau dah ada jodoh esok... saya sudi kahwin dengannya," kata Yusry bila ditanya tentang Erra Fazira yang hangat dikatakan bercinta dengannya. Kata-kata dalam bahasa Inggeris Erra pada kad yang dihadiahkannya kepada Yusry menggambarkan percintaan mereka walaupun tidak secara direct... dimana antara ayatnya (maksud dalam bahasa Melayu) "Kau tidak keseorangan di dunia ini kerana aku akan bersama-samamu merasai pedih, sedih dan gembiramu..."
Kenapa dalam kad itu Erra membahasakan dirinya sebagai Adik (di penutup kata)?
Kata Yusry: "Memang itulah nama manja dia, Erra panggil saya abang!" Amboi berabang adik rupanya ya? Lea yang sudah ada kekasih kalangan pelajar sekolej dengannya pun meminati Erra dan Yusry sebagai artis selain Deana Yusuf. Dia juga suka melihat kebahagiaan cinta Yusry dengan Erra dan turut menunggu saat mereka berdua menaiki pelamin.
"Bagaimanapun saya tak berani nak jadi artis, cuma berani setakat jadi model saja," kata Lea bila ditanya adakah akan mengikut menjadi artis popular. Yusry pula bila ditanya apakah nasihat terhadap Lea untuk menjadi seorang personaliti berjaya katanya: "Kalau nak jadi orang terkenal kena serius bila bekerja, berdisiplin dan kena tabah menghadapi gosip. Kalau cerita gosip mengenai seseorang artis itu betul ditulis wartawan, Lea jangan melatah. Begitulah kalau cerita tak betul ditulis, Lea pun kena relaks dan beri jawapn sebenar.
KENA SIMPAN RM 100,000 KALAU NAK KAHWIN
Kata Yusry, dia kena sediakan wang banyak kalau nak buat majlis kahwinnya dengan Erra.
"Kalau Huzz tanya saya mengenai duit untuk saya nak kahwin Erra, bukan sedikit saya kena ada. Kena cukupkan RM 100,000 atau menghampiri sebanyak itu. Bukanlah wang hantaran saya untuk Erra sebanyak tu, tapi pengalaman dua adik saya kahwin iaitu Edry dan Halina... melibatkan perbelanjaan majlis kahwin bukan main-main, kena betul-betul. Jadi pada saya... saya nak kena himpun duit sebanyak tu untuk majlis kami nanti."
Apa komen Yusry tentang pendapat peminat you dan Erra perlu lekas nikah? Bagaimana pula kalau ada yang menasihatkan you jangan kahwin awal?
"Memang ada yang suruh saya lekas kahwin... takut nanti Erra terlepas ke tangan orang lain. Tapi saya percaya kalau jodoh saya... Erra akan jadi milik saya sama ada lambat atau cepat. Ada juga yang tak mahu saya kahwin cepat... ada pengarah kata elok saya kahwin next years... ha ayat year tu ada 's' lagi... maknanya bertahun-tahun lagi. Tapi pada saya buat apa nak bercinta lama sangat. Ini tahun kedua saya dan dia (Erra) kenal rapat."
You tak ada rancangan nak mengenali lebih dekat emak dan nenek Erra?
"Ada. Cuma masa Erra saja yang saya tunggu sekarang. Dia tu asyik sibuk. Selalu out station. Saya memang ingin ke kampungnya tapi mestilah ada dia sama."
Bagaimana dengan warna baju kahwin, warna apa you suka?
"Saya suka warna hijau dan biru."
Apakah hadiah harijadi Erra untuk you sebelum ini?
"Hmm saya dapat hadiah penjadual kerja yang Erra belikan. Harganya bukan
murah. Rupanya dia nak saya pandai menjadualkan kerja saya. Dulu saya selalu
banyak masa dalam studio... bila dah kenal dia, banyak dia beritahu saya untuk
menjadualkan kerja dengan lebih tersusun."