LEPAS KAHWIN NAK PERGI UMRAH - ERRA

Bila Huzz bertanya pada Erra pula... adakah dia akan mengerjakan umrah dengan Yusry sebelum kahwin?

Erra kata rancangan itu akan berlaku hanya lepas kahwin nanti. "Erra nak ajak suami Erra pergi sebab dah muhrim, senang nak bersama-sama kat sana. Kalau sebelum kahwin tu susahlah sikit."

Apa komen Erra bila Yusry kata nak pakai baju kahwin warna hijau atau biru.

"Hijau? Eh eh betul ke dia cakap macam tu? Sebab kalau warna hijau tu memang warna kesukaan Erra."

Macam mana dengan cerita kahwin you berdua, Erra setuju ke dia meminang Erra dalam masa terdekat ini?

"Kalau dah sampai masa Erra tak kisah. Soal majlis besar-besaran tu taklah penting yang penting nikah tu berlangsung dulu. Apapun buat masa sekarang kami berdua betul belum merancang soal nikah kahwin tu."

Di mana Erra nak raikan harijadi Yusry tahun sebab Yusry kata nak bercuti oada tarikh 15 Jun itu nanti?

"Nak bawa dia ke suatu tempat makan laaa."

Betul ke Erra kuat cemburu dan tak boleh dengar Yusry berjalan, bergambar atau jumpa perempuan lain? Dengar cerita bila Huzz usik cerita Yusry lamar Lea... Yusry kata Erra marah dan dah cemburu terhadapnya?

"Dalam bercinta cemburu tu kenalah ada. Kalau dia jumpa orang lain kerana ada tugas... Erra tak marah, cuma kalau tak beritahu Erra dan cakap tak betul... jangankan Erra... siapa punakan terasa bila kekasihnya buat macam tu. Tapi setakat ini okey... macam dia bergambar dengan model Lea... Erra tak adalah nak marah sebab itu tujuan fotografi."

Untuk berlakon saja dalam fotografi tak apalah. Erra bukan orang yang cemburu tak kena gaya. Okey... diharap peminat faham... cinta Yusry terhadap Erra tetap menebal sebagaimana sayangnya Erra pada Yusry. Kehadiran Lea dirancang Huzz untuk fotografi ni dan terlebih dahulu Erra dimaklumkan. Itu pun sekadar nak bikin surprise untuk harijadi Yusry yagn kami sambut awal dari tarikh sebenarnya (15 Jun)!

Maksud Yusry lamar Lea ialah persetujuan Lea jadi diambil model klip video artis dibawah KRU Records, bukan lamaran untuk berumahtangga.