Yusry - Erra, Norman - Nisda & Edry KRU bercakap tentang cinta
Oleh: Nor Asmah Zakaria & Haszrul Mohamed
Foto: Rashid Mahfof & Jefri Iran
Gandingan tiga beradik KRU, Norman, Yusry Edry dengan ratu filem, Erra Fazira dan Nisda sebagai penghias kulit depan HAI minggu ini, merupakan pilihan yang tepat dalam banyak aspek. Walaupun topik perbualan utama ialah tentang cinta, tetapi soal kerjaya tidak dipinggirkan dalam perbualan dengan kelima-lima artis ini.
Erra misalnya, baru sahaja muncul dengan album terbaru, 'Sampai Bertemu'. Dalam album itu, KRU turut menyumbangkan lagu dan bersama cik abang tersayang, Yusry, mereka berduet. KRU juga muncul dengan album terbaru mereka, 'KRUjaan'. Dalam album tersebut, Erra diundang berduet dengan Yusry. Kiranya macam 'berbalas-balas' budilah ni...
Nisda, heroin baru dalam filem digandingkan 'khusus' dengan abang long, Norman. Rasa-rasanya, mereka ni sama padan! Yalah, sama-sama single. Siapa tahu, ada terjalin chemistry di antara Norman dan Nisda...
Edry, hero KRU yang sudah beristeri dan beranak, sebagai pelengkap dalam sesi
fotografi ini. Namun begitu, apabila ditanya tentang gosip cinta, Edry ada jawapannya
yang tersendiri.
Sejauh mana tanggungjawab cinta Yusry terhadap Erra?
"Bercinta, sudah lama... Berkasih dan bermesra... Sedang enak dibuai rasa, perpisahan tercipta. Mengapa sementara, cerahnya cinta kita. Mendung tiba tiada ku pinta, gelapnya suasana." (Judul lagu: Ku Pendam Sebuah Duka, ciptaan Datuk Ahmad Nawab).
Tentu pembaca tertanya-tanya, apakah kaitan lagu tersebut dengan kisah cinta Yusry dengan Erra Fazira? Jawapannya ada seribu makna. Yusry dan Erra sudah lama berkawan, sekitar empat ke lima tahun. Tetapi, hanya setahun setengah kebelakangan ini, barulah hubungan itu menjadi rapat. Inilah pengakuan Yusry kepada HAI ketika dihubungi pada 15 Mei lalu.
Dalam berkawan rapat, ada pihak yang membuat spekulasi, pasangan ini mungkin tidak ke jinjang pelamin. Maka itulah sekiranya di antara mereka berdua ini tidak ada jodoh, apa komen Yusry?
"Nak kahwn ni, dua-dua mestilah sudah bersedia. Kalau saya sahaja yang dah ready tapi si dia tak ready, tak bolehlah. Dalam masa sekarang, saya belum begitu bersedia nak kahwin. Sebabnya, saya begitu sibuk dengan tanggungujawab kerja. Once, saya fikir saya saya dah ready nak kahwin, kahwinlah.
"Andai kata kami tak jadi kahwin, itu sudah bukan jodoh saya. Saya tak bolehlah nak buat apa-apa. Nak menyesal pun, tak boleh. Anggaplah itu dah ditakdirkan oleh Tuhan. Dan kita perlulah ikut ketentuan Tuhan.
"Apabila saya bercinta, keluarga saya tidak pernah menghalang. Emak dan ayah mahupun adik-beradik saya, tidak pernah nak campur tangan dalam bab percintaan. Memang saya akui, saya rapat denga emak dan ayah. Tetapi itu tidak bermakna, saya tidak ada pendirian sendiri. Hubungan saya dengan emak dan ayah tidak membuatkan saya ni kekurangan dari segi kelelakian. Saya bukannya 'a yes man person'.
"Apabila kita berkahwin, bukan bermakna kita kahwin dengan anaknya sahaja. Sebaliknya, 'kahwin' dengan seluruh keluarganya. Saya tidak pernah berkata ini... Tetapi saya luahkan kepada Haszrul bahawa saya tidak akan pisahkan di antara emak dengan anak andai kata takdir menentukan jodoh saya dengannya. Fahamkan, siapakah saya yang saya maksudkan di sini!
"Sesiapa sahaja sayangkan keluarga. Itu satu hal yang kita tak boleh nak rampas. Kalau dah kahwin sekalipun, kita tidak boleh menafikan kehadiran kasih sayang keluarga. Kita juga tidak boleh nak compare kasih sayang diantara suami isteri dengan famili. But we could blend in between these two types of love.
"Bagi orang yang tidak mengenali diri saya dengan rapat, mereka mungkin beranggapan yang saya ni soft spoken. Boleh dipijak kepala. Tetapi, kalau saya nak berkeras, saya boleh berkeras. And I know where and when to put my foot down.
"Dalam mana-mana hubungan, perlu ada satu garisan pemisah atau cutting line. Kalau garisan pemisah tu dah dipijak, maka saya tunjuk sikap bertegas," jelas Yusry.
Kongkong
Dalam hubugan cinta, lazimnya wanita mahu diri mereka menjadi 'pengikut'. Bukan sebaliknya. Sehubungan itu, benarkah Yusry tidak berperanan sebagai dominant player dalam percintaannya dengan Erra?
"Nak dominant macam mana? Saya ni bukannya jenis yang suka mengongkong. Tetapi saya lebih terbuka kepada sikap berbincang. Ada kalanya, saya 'lead' dalam hubungan. Tapi, kalau pijak garisan cutting line yang saya sebutkan tadi, nampaklah macam mana belang saya.
"Saya juga tahu, kalau diberi betis, jangan nak paha. Tak bolehlah nak pijak kepala saya. Kalau orang lain nak kata yang tak mungkin hubungan saya dengan Erra sampai ke jinjang pelamin, itu spekulasi orang.
"Katalah apa yang mereka nak kata. Kalau orang yang dah kahwin sekalipun, ada juga yang mengata, perkahwinan itu tak kekal lama. Jadi, macam mana nak tutup mulut orang daripada bercakap?
"Bukannya saya nak menyusahkan Haszrul apabila tidak dapat meberikan jawapan-jawapan yang tepat kepada soalan-soalan cepumas kamu tu. Tetapi, kalau benda tak jadi, saya pun tak nak tanggung malu.
"Maka itulah, kalau kata saya ni kawan rapat Erra, tempat dia mengadu susah senang, memanglah saya akui. Kalau sentuh bab kahwin... Tunggulah apabila kami sama-sama dah ready. Selagi belum ada ikatan apa-apa, saya tak berani nak komen lebih-lebih," ujar Yusry.
Cemburu
Yusry turut ditanya, apakah perasaannya apabila melihat Erra bergambar dengan lelaki lain? Tidakkah Yusry cemburu?
"Nak cemburu macam mana sebab di antara kami, tak ada apa-apa ikatan. Saya ni bukan tunang ataupun suaminya. Maka itu, saya tak ada hak untuk berperasaan cemburu terhadapnya. Kalau saya suka atau tidak, saya kenalah telan sendiri.
"Tetapi, sebelum sesuatu foto yang menggandingkannya dengan lelaki lain disiarkan dalam majalah, Erra akan memberitahu saya terlebih dahulu. Tentang gambar Erra dengan lelaki bernama Azlan, saya dah tau cerita. Erra yang beri tahu.
"Azlan tu dia jumpa semasa di Pulau Pangkor, Perak. Kata Erra, dia nak
kenalkan saya dengan Azlan. Saya okey aje. Lagipun, Erra jujur apabila memberitahu
saya tentang Azlan. So, tak timbullah soal saya cemburu," kata Yusry.