Gara-gara ramai 'peracun', Norman tak kekal bercinta

"Alamak! Nak jawab soalan siapa kekasih saya sekarang ni? Tak ada sesiapa lagi. Bukan nak sorok tapi memang saya tak ada sesiapa yang boleh bergelar kekasih. Lagipun, selagi belum confirm apa-apa seperti belum bertunang, saya tak sukalah nak gembar-gembur atau highlight awal-awal tentang siapa kekasih saya.

"Nanti kalau saya beritahu awal-awal, banyak masalah yang timbul. Orang ramai mulalah bercakap. Lepas tu, ramailah nanti yang jadi 'peracun'. Sama ada meracun fikiran si gadis ataupun meracun fikiran saya. Cerita-cerita 'racun' tu pula sampai ke telinga saya. Akhirnya, tak ke mana.

"Untuk mencari gadis yang sesuai, saya perlu berkawan. Bukan berkawan dengan seorang gadis sahaja. Tetapi ramai kawan. Tak kanlah apabila dah jumpa dengan seorang gadis, terus saya settle down. Lepas kahwin, sibuk pula nak cari girlfriend. Bini kat rumah, apa cerita?

"Perkara ini memang banyak terjadi di hadapan mata kita. Dah kahwin, tapi still nak cari girlfriend kat luar. Saya tak nak jadi macam tu sebab saya ni jenis setia. Saya tak mahu, apabila dah berkahwin dan sudah beranak, jadi cerai-berai. Maka itulah, biar saya mencari lagi di luar sana... Siapa gadis yang sesuai," kata Norman yang sudah pun berusia 30 tahun.

Norman menambah lagi, jika di antara dirinya dengan si gadis tidak mempunyai chemistry, maka tidak mungkin hubungan cinta mereka boleh berpanjangan.

"Susah kalau tak 'klik' sebab nanti tak ngam. Tetapi, saya juga risau kalau diri saya digosip. Yalah... Lepas satu, satu saya digosip sampaikan nanti orang cap saya playboy. Kalau saya nak kahwin, saya kenalah fikir beutl-betul. Dulu, hati saya belum terbuka lagi nak kahwin. Tetapi, selepas melihat anak saudara saya, Emil, saya dah mula mencari calon. Dan 'calon-calonnya' adalah...," kata Norman sambil ketawa.

100 Wanita

Norman ketawa besar apabila ditanya, sekiranya diberikan skala 1 sehingga 100, apakah seramai itu girlfriendnya?

"Amboi! Ramai tu. Kalau setakat puluh tu, mungkin adalah. Entahlah Haszrul. Saya tak pernah kira berapa ramai girlfriend. Tapi, satu yang saya tahu ialah saya ni bukannya lelaki yang suka menghancurkan hati wanita. Ish! Tak adalah begitu. Angka 'puluh' yang saya katakan kat sini, bukannya kekasih. Tetapi, kawan-kawan...

"Bukan senang nak sesuaikan diri dengan seseorang. Sama ada dia yang tak sanggup nak bertahan lama dengan saya, ataupun saya yang tak sanggup nak hiduplama dengan dia. Kawan setakat dua tiga bulan, lepas tu, rasa tak sesuai, putus.

"Saya sentiasa berterus terang apabila berkawan. Saya tak pernah nak berikan harapan yang palsu kepada mana-mana gadis yang pernah berkawan dengan saya. Mereka juga faham kedudukan saya. Maka itulah, saya selalu berkata, dalam berkawan, kita lihat sejauh mana kita boleh bertahan. Hanya masa yang menentukan.

"Saya ni pula, cepat benar rasa tawar hati. Kalau semasa sedang berkawan, tiba-tiba ada benda yang terjadi. Contohnya, macam yang saya katakan tadilah. Ramai sangat yang jadi tukang sampai-menyampai. Adalah yang reka-reka cerita tentang saya.

"Tak kisahlah sama ada benar ataupun tidak cerita direka tu... Sama ada cerita itu separuh betul ataupun tidak. Tapi, nanti gadis tu yang akan terasa seolah-olah dirinya menjadi 'mangsa'. Kadang-kadang tu, cinta jarak jauh turut membuatkan saya tidak dapat bertahan lama dalam 'dunia percintaan'. Tak bolehlah kalau bercinta jarak jauh ni. Setakat yang saya ingat, paling lama hubungan 'cinta' boleh bertahan ialah dalam setahun dua bulan sahaja.

"Agaknya, betullah yang saya ni kena 'badi' cinta. Berkawan-berkawan, tak menjadi. Tinggallah saya solo sehingga ke hari ini. Saya tahulah yang saya ni dah 30 tahun. Tapi, saya masih ada banyak pilihan lagi. Saham tetap tak jatuh," kata Norman sambil ketawa.

Anak Empat

Gosip-gosip cinta Norman merangkumi model, pramugari, personaliti TV dan artis. Tetapi, segala gosip cinta itu, sama ada cerita yang dah basi ataupun penafian daripada mulut Norman sendiri. Paling kuat pun, Norman akan berkata, hanya kawan sahaja.

Namun begitu, nampak gayanya Norman cenderung ke arah menyukai wanita yang matang. Tetapi dalam pada itu, Norman terpaksa juga mengambil kira faktor usia wanita berkenanan. Justeru, bagaimanakah wanita pilihan Norman?

"Setakat ini, tidak ada seorang wanita lagi pun yang berjaya menakluki hati saya seratus peratus. Agaknya, saya ni hanya akan bercinta selepas berkahwin, kut. Saya nak wanita yang berpendidikan. Kalau berkerjaya, oekylah. Tetapi tidaklah terlalu pentingkan kerjayanya sehinggakan famili jatuh nombor dua.

"Mulanya tu, faktor jarak usia bukan isu di sini. Tetapi saya fikir pula. Saya nak anak seramai empat orang. Tetapi jarak di antara seorang anak dengan seorang anak tu, tak naklah terlalu rapat. Saya tak kisah kalau isteri saya tu seorang suri rumah sepenuh masa. Tetapi biarlah yang boleh berdikari. Jangan sampai perkara yang remeh-temeh pun tak boleh nak handle. Itulah ciri-ciri yang perlu ada pada wanita yang nak menjadi isteri saya.

"Saya respect kat Edry dan Milia. Milia, seorang yang berpendidikan tinggi. Bekerja. Selepas melahirkan Emil, dia memilih untuk melepaskan kerjayanya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap suami dan anak. Dia didik sendiri anaknya. Wanita yang macam nilah yang saya respect," akui Norman yang akan mengakhiri zaman bujangnya setelah bertemu dengan wanita yang berjaya memiliki 100 peratus hatinya.


Komen tentang Nisda

Pertama kali dipertemukan dengan heroin filem KL Menjerit, Nisda menerusi sesi fotografi HAI minggu ini, Norman nampak seperti cuba berbual dengan Nisda.

"Oh! Saya suka melihat Nisda. Dia bersopan santun dan bersikap terus terang. Bahkan, sewaktu sesi fotografi ini, dia memberitahu saya, biarlah posing elok-elok sebab tak mahu ibunya marah. She earns my respect for telling the truth.

"Yalah... Tak seperti artis baru yang lain... Nak cepat glamor dan popular, tak kisah bergambar macam mana sekalipun. Ikut orang suruh. Tetapi Nisda, dia lain," kata Norman yang tak salah jika dia berkenan pada Nisda.

Komen Nisda