![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Cinta + Setia = Soalnya Siapa
Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem yang pernah berada di layar perak iaitu 'Soal Hati'. Dalam 'Soal Hati', kita telah melihat kesungguhan Daniel untuk memperolehi cinta Nurul Ain. Daniel sanggup melakukan apa sahaja. Padanya in cintanya yang asli. Selama ini kita semua tahu kewanitaan Nurul Ain yang telah berjaya menjinakkan Ahmad Daniel.
Cinta man yang tak 'bergelora'? Kesetiaan siapa yang tidak tercabar? Hati mana yagn tidak terusik tatkala cinta suci dicabar setia?
Itulah persoalan yang cuba dirungkaikan dalam filem kesinambungan 'Soal Hati'... 'Soalnya Siapa?'. Kalau 'Soal Hati' memperlihatkan kelembutan Nurul Ain mencairkan dan menjinakkan 'kenakalan' Daniel... 'Soalnya Siapa?' pula digarap sebaik mungkin yang mana kekuatannya adalah soal setia dan kejujuran dalam bercinta.
Cabaran buat Daniel dan kasih setia Nurul Ain menjadi topik utama filem terbitan Serangkai Filem, sentuhan Habsah Hassan dan diarahkan oleh Othman Hafsham.
Jadi, demi cinta Daniel terpaksa berkorban. Demi membuktikan kesetiaan dan kesungguhannya terhadap Ain, Daniel terpaksa menghadapi segala ujian sepanjang perhubungannya dengan Nurul Ain. Tambah lagi Nurul Ain telah berjaya diterima memasuki universiti. Cabaran kehidupan di universiti rasanya lagi banyak... lorang tentunya faham kan bila dah ada rupa... mamat-mamat 'U' pun ramaikan nak masuk 'daun'... so cabaran yang macam ni lah yang akan menambahkan lagi kecekalan Daniel.
Nak tahu selanjutnya... kena tengok sendiri. 'Soalnya Siapa?' karya Habsah Hassan ingin menunjukkan kekuatan watak Daniel... cabaran... demi cabaran... dan sejauh mana kesetiaan Nurul Ain terhadapnya.
Untuk cerita dengan lebih lanjut rasanya tak payahlah kan... so apa lagi tunggu kemunculan 'Soalnya Siapa?' di pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda da saksikanlah lakonan Erra Fazira, Afdlin Sauki dan ramai lagi pelakon hebat yang menjayakan filem ini... tungguuu...!