![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
'Gila-gila Pengantin' memang gila!
Korang mesti tension bila tengok 'muka' Erra banyak sungguh dalam edisi Variapop kali ni. Actually, aku lagi tension... dan yang paling tension tentunya si ratu filem kita, Erra Fazira... yagn kini tengah 'ngetop' dengan macam-macam tawaran filem.
Mulanya, aku nak simpan aje gambar-gambar yang aku dapat daripada orang Skop Production n... tapi takut basi pulak. Tapi, aku rasa korang tak rugi kalau baca ruangan ni... sebab korang tentu tak sabar nak tengok kemunculan Erra dalam filem-filemnya yang bakal ditayangkan tak lama lagi.
Lepas 'Mr. Cinderella'... akan masuk pulak 'Soalnya Siapa?', kemudian 'Gila-gila Pengantin', lepas tu tentunya 'Janji Diana'. Hemmm... buat duit sungguh Erra tahun ni.
Ok... cerita pasal filem 'Gila-gila Pengantin'(GGP), aku pasti filem arahan Aziz M. Osman ni bakal bommm! Kehadiran para pelakon seperti Erra, Norman Hakim, Hairee Othman, Salleh Yaacob, Syanie, Juliana Banos dan ramai lagi, pastinya akan memeriahkan suasana.
GGP bercerita tentang watak Aleya (Erra) dan Johari (Norman), yang 15 tahun dulu mengiringi sepasang pengantin menaiki tahta pelamin. Malang tak berbau, pelamin tu roboh dan meninggalkan kenangan hitam dalam memori mereka.
Aleya dan Johari kini berjauhan. Masing-masing berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup, tapi tiada siapa pun yang sanggup memenuhi syarat mereka, 'kahwin tanpa bersanding di atas pelamin'.
Nak dijadikan cerita, Johari dan Aleya rajin melayari Internet. Dan berchatting dengan sesiapa saja yagn sudi berkenalan dengan mereka. Kebetulan, mereka berdua bertemu di layar Internet dengan nama samaran Puteri Idola dan Cinderella.
Dari berchatting timbul keinginan untuk bertemu. Tapi memandangkan Aleya ada pengalaman tak best dengan teman sibernya sebelum ni, jadi dia suruh sepupunya, Wanda (Juliana) menyamar dan bertemu dengan Puteri Idola (Johari).
Yang tak bestnya, Wanda tangkap syok pulak kat Johari. Johari pulak tak tahu yang Wanda menyamar, so dia pun layan syok jugak... kononnya dah jumpa gadis sama trauma dengannya (takut naik pelamin).
Problem lain pulak timbul bila, Harun (tunang Wanda) dan Aleya kena tangkap basah, masa Harun dan Wanda di rumah Aleya. Harun dan Wanda sepatutnya disatukan 3 minggu lagi, tapi dek kerana kes tu keluarga Wanda tuduh Harun main kayu tiga dengan Aleya. Wanda pulak ambil kesempatan dengan mendesak Johari melamarnya secepat mungkin.
Akhirnya, untuk mengelakkan komplikasi, Aleya terpaksa berkorban dengan mengahwini Harun dan Johari pulak mengahwini Wanda. Dalam pada itu, Johari jadi ragu-ragu bila Wanda minta mereka disandingkan atas pelamin. Aleya pula akan bersuamikan lelaki yang masih cintakan tunangnya.
Agaknya resepi Aziz kali ni boleh kalahkan Mr. Cinderella ke? Sebagai hero...
masih 'menjadi' ke saham Norman Hakim kali ni? Jawapannya, tunggu kemunculan
filem usahasama Skop Production & Ace Motion Pictures ni di panggung anda
tidak lama lagi.