![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
Anak Merdeka
Erti kemerdekaan bagi diri anda?
Kebebasan dari segala segi. Tiada kongkongan dan jauh sekali dijajah dari
segala sudut.
Apa yang telah anda nikmati sebagai anak merdeka?
Negara yang aman, ekonomi yang agak stabil dan kebebasan di negara sendiri.
Pengisian diri yang perlu ada sebagai anak merdeka?
Perlu ada perasaan untuk mahu memajukan diri, bangsa dan negara.
Sebagai selebriti, apakah dunia seni tempatan kita telah merdeka?
Tidak 'bebas' walaupun realitinya kita telah merdeka. Kita bebasa berkarya
tetapi masih ada 'sekatan' di beberapa sudut yang mungkin ada kebaikannya di
masa akan datang.
Siapa tokoh kemerdekaan yang paling anda sanjungi? Mengapa?
Tuanku Abdul Rahman. Beliau yang membawa negara kita menjadi sebuah negara
merdeka dan limpahan kemewahan merdeka dapat kita nikmati sehingga hari ini.
Kali pertama anda sambut merdeka. Dimana? Bagaimana sambutannya?
Tahun 1989. Saya bersama teman-teman yang lain menyertai perarakan untuk
hari merdeka. Di mana lagi.. Dataran Merdeka lah! Biarpun penat tapi seronok.
Syok bila dapat sama-sama menjayakan perarakan seperti itu lebih-lebih lagi
perarakan Hari Kemerdekaan. Rasa bangga pun ada...!
Sambutan merdeka paling happening dalam hidup anda?
Tahun 2000...
Apa yang anda tahu tentang Jalur Gemilang?
Semuanya anda makna tersendiri. 14 jalur putih dan merah melambangkan 14
buah negeri naungan negara Malaysia. Bulan sabit dan bintang melambangkan bahawa
Malaysia adalah sebuah negara Islam, warna kuning pula melambangkan Malaysia
di bawah sistem Pemerintahan Di Raja dan lain-lain.
Komen anda tentang pentadbiran negara kini?
Hmmm... pentadbiran yang cekap oleh pemimpin yang berdedikasi. Yes...!
Siapa tokoh 'merdeka moden' yang anda sanjungi?
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammed!
Peranan nada sebagai warga seni. Sejauhmana perlaksanaan anda sebagai selebriti
dalam menanamkan sifat cintakan negara kepada masyarakat?
Kita tanamkan sikap cintakan dan 'Sayangkan Malaysia' melalui medium berbentuk
hiburan. Tak kiralah dengan menyampaikan lagu-lagu berunsur patriotik dan sebagainya.
Kalau anda diberi peluang menceburi bidang politik, anda akan menjadi menteri...?
Kenapa?
Menteri Hal Ehwal Wanita. Saya akan memperjuangkan hak-hak kaum wanita dan
membawa mereka ke martabat yang tinggi!
Situasi negara kita yang anda rasakan perlu ada perubahan. Dari segi apa?
Pengisian jiwa generasi baru dalam pengertian kemerdekaan negara. Bukannya
dengan sambutan yang 'mengarut' (seperti lumba haram, ke disko dan sebagainya).
'Merdeka' harus dirasai sampai bila-bila. Dirasai dengan cara yang lebih bermakna!
Mengapa Malaysia negara terbaik anda? Apa sebabnya?
Kerana 'Malaysia tanah tumpah darah ku'.
Anda bangga menjadi anak Malaysia yang merdeka? Mengapa?
Sangat... bangga! Kerana Malaysia adalah negara merdeka dan tiada ertinya
hodup tanpa kemerdekaan.