Erra sambut birthday Yusry?
Oleh: Nor Ashikin Hassan

Pada 15 Jun ini, genaplah usia Yusry KRU 29 tahun. Tapi apakah rancangan penyanyi dan pelakon popular itu pada hari lahirnya? Takkan nak menyendiri kut, mestilah meraikan hari tersebut dengan orang tersayang. URTV sebenarnya sejak awal Jun dah dengar cerita kononnya Yusry dah pun ambil cuti sati hari sempena dengan tarikh lahirnya itu.

Jadi, URTV pun cepat-cepatlah mulakan tugas 'kepoci' kringggg... kring... pada Yusry menerusi telefon bimbitnya. Bila URTV sengaja mengusiknya pada tarikh tersebut, kata Yusry, " Memang saya mintak cuti pada tarikh 15 Jun tu sebab hari itu sajalah saya betul-betul nak lepaskan diri daripada aktiviti seni. Cuma satu hari saja. Iyelah, dalam setahun kerja tak berhenti, jadi tak adalah salahnya nak bercuti satu hari pada hari lahir saya. Setahun sekali aje.

URTV: Sambut hari jadi bersama siapa pada hari tu? Bersama Erra ke?
Yusry:
Tak ada plan apa-apa lagi. Saya cume nak release dari kerja pada hari tu. Tapi kalau dia free, tak ada salahnya nak sambut berdua. Tapi setahu saya, dia ada shooting Soalnya Siapa pada hari tu di Melaka. Jadi, terserahlah pada dia kalau dia nak bercuti atau tidak. Saya terima aje.

URTV: Tahun lepas, Yusry dah buat surprise party pada hari lahir Erra, 9 Februari, di rumah Yusry sendiri. Jadi, tahun ni, entah-entah Erra buat surprise party kat Yusry pulak?
Yusry:
Haa... kalau dah tau tu, tak adalah surprise lagi namanya. Bab tu, kenalah tanya Erra. Kalau saya tau, dah tak syok lagilah.

URTV: Dengar cerita Erra pun ambil cuti juga. Betul ke?
Yusry:
Itu pun di luar pengetahuan sayalah pulak. Itu kena tanya Erra sendiri. Saya tak tau jadual kerja dia.

URTV: Tahun lepas, Erra bagi hadiah apa kat Yusry? Yusry pulak kasi apa sempena hari jadi dia?
Yusry:
Dia kasi palm top. Bab hadiah saya pada Erra... hahaha... kenalah tanya tuan punya badan sendiri. Takkan saya nak kasik tau.

URTV kemudian menghubungi Erra Fazira menerusi pengurusnya Syed Abur Bakar. Tapi kata Syed Abu Bakar, mengikut jadual lakonan Erra, penyanyi jelita itu akan berada di Melaka ketika itu. Jadi, URTV pun tanpa berlengah lagi terus telefon Erra Fazira yang ketika itu berada di Pulau Pangkor kerana menjalani penggambaran filem Soalnya Siapa.

URTV: Hari lahir Yusry 15 jun ni tak ada apa-apa sambutan istimewa daripada Erra ke?
Erra:
Eh... eh... terlupa la. nasib baik you ingatkan.

URTV: Amboii... takkanlah terlupa kut. Tak ada rancangan apa-apa ke pada hari tu?
Erra:
Nak rancang apa. Erra ada shooting kat Melaka pada hari tu. Rasanya bermula sejak 11 Jun sampailah 19 Jun. Jadi, nak sambut macam mana?

URTV: Takkanlah tak boleh ambil cuti satu hari? Mesti produser beri, kan?
Erra:
Tak tahulah tu. Kita ni kan bekerja. Tak bolehlah nak senang-senang aje ambik cuti. Tapi kalau pihak yang berkenaan tu boleh beri cuti dan bebaskan Erra satu hari, maka bolehlah Erra spend masa sambut hari lahir dia.

URTV: Kalau Yusry sanggup pergi Melaka, macam mana?
Erra:
Kalau orang sanggup turun Melaka dan sudi datang ke lokasi, dipersilakanlah. Masa tu, kalau ada masa, bolehlah sambut, kalau tidak... apo nak dikato?

URTV: Bukan ke Yusry cuti satu hari pada hari itu?
Erra:
Iye ke? Yusry dah beritahu ke? Alaa... bocor rahsia dia la ni... hahaha... iyelah kalau dia cuti pun, saya tak dapat cuti macam mana? Fasal itulah, saya tak boleh nak plan apa-apa lagi sebab kalau plan nanti tak dapat cuti. Lagi susahkan? Tapi saya akan fikirkan kemudianlah macam mana caranya nak sambut hari jadi dia.

URTV: Tak nak buat surprise party seperti dibuat oleh Yusry dulu kepada Erra?
Erra:
Kalau dah rancang dan beritahu, tu tak surprised lagi namanya. Semua tu kena ada rancangan tapi macam manalah Erra ni nak merancang kalau asyik sibuk je di lokasi. Yusry dulu, dia buat surprise untuk Erra pun ambil masa seminggu nak rancang. Itu pun hampir tak berjaya sebab masa tu, Erra dah cakap dengan semua kawan yang Erra tak mahu apa-apa sambutan pada hari lahir Erra. Erra nak bersendirian pada hari tu. Tapi tak sangka pulak Yusry dah buat surprise macam tu. Panik jugaklah Yusry masa tu. Tapi bila hari jadi Erra disambut macam tu, Erra cukup terharu sebab tak pernah rasa mewah macam tu semenjak dah menyolakah diri ni. Hahaha...

URTV: Tahun lepas dah kasik palm top, so tahun ini nak kasi Yusry apa pulak? Dan dulu, dapat hadiah apa daripada Yusry?
Erra:
Eee... rahsia bocor lagi ni. Nak kena Yusry ni. Hehehe... Mana boleh beritahu hadiah apa, nanti dah tak surprise. Dan hadiah Yusry beri tu... rahsia maaa. Yang pasti, hadiah yang nampak ialah majlis hari jadi tu. Itu dah satu hadiah istimewa untuk Erra.