Akhirnya Yusry & Eera mengaku bercinta di depan Rita

URTV: Apa makna cinta pada awak?
Yusry: Cinta yea... apa soalan susah-susah bagi saya? Bagilah pada dia orang tu (memandang Eera dan Rita).
Eera: Tahu ke awak erti cinta... ha... ha... salah tanya tu. Jangan tanya Yusry... dia belum matang lagi dalam hal itu (ketawa). Pada saya cinta itu adalah perasaan yang tak boleh diucap dan digambarkan bila kita mencintai seseorang.
Rita: Tak mainlah... saya sibuk shooting.

URTV: Pernah tak bercinta?
Rita: Memang... mestilah... ha... ha... ha...
Eera: Pernahke dengar... (mengusik Rita).
Yusry: Ada... orang tu pelik sikitlah... dia manusia jugalah(mengusik Rita).
Eera: Tapi sekejap sangat wak (memandang Yusry)... tak sempat nak hidukan (mengusik Rita).
Rita: Astaghfirullahalazim... nie Mami Jarum dan Mamak Jarum... okey.

URTV: Macam mana artis boleh bercinta sesama artis?
Eera: Tak plan nak bercinta-cinta nie. Kta bekerja dan selalu pusing-pusing jumpa orang yang sama. Sehingga akhirnya kta jatuh cinta... macam Eera sendiri, Eera jumpa waktu bekerja. Lainlah kalau kita ada banyak kawan di luar...
Rita: Macam mana yea... yalah selalu jumpa macam Eera cakap. Bagi saya jodoh ada di mana-mana.
Yusry: Kita dah jumpa orang itu hari-hari... macam orang kata tak kenal maka tak cinta... dah kenal barulah cinta. Macam saya jumpa dia selalu... senanglah jatuh cinta.
Eera: Adakah awak tengah bercinta dengan Eera? Cakap terus terang sekarang... cakap... bila lagi nak cakap? Cakap! Bila lagi nak cakap?
Yusry: Apasal awak nak tanya... tanyalah diri awak sendiri. Okeeeey laaaaaaa... okeeeey laaaaaaa... saya cinta sangat...
Eera: Siapakah yang Yusry cinta?
Yusry: Hanya satu... Fazira Wan Chik.
Eera: Yeeeaaaa... yeeeaaaa.
Yusry: Eera... Eera... siapakah yang Eera cinta?
Eera: Saya tak ada yang lain... abanglah... abang le.
Yusry: Siapa abang?
Eera: Abang le... abang aje... Abang Yuciii... Yuciii (buat suara manja).

URTV: Apa agaknya cabaran bercinta sesama artis ini?
Rita: Cabarannya... Itu kena tanya mereka berdua... saya belum pernah bercinta. Cabarannya... saya mana ada cinta dengan artis kak... betul... bagi saya rasa bercinta dulu. Tanya mereka berdua.
Eera: Dua-dua orang kenal... there's no privacy. Apa saja kita nak buat semua jadi bahan cerita. Dia ada peminat dia dan saya juga ada peminat saya sendiri... ada pihak yang tak suka... macam-macam pergolakan boleh berlaku. Kalau tak kuat memang separuh jalanlah jawabnya.
Yusry: Sama... cabaran bercinta sesama artis ke... sesama binatang ke semua ada cabaran... yang penting kita mesti tabah.

URTV: Istimewanya bercinta sesama artis?
Eera: Apa je topik cinta yea nie... boringlah... penatlah... bukan-bukan... tak ada keistimewaan. Cinta nie masing-masing ada keistimewaan tersendiri.
Yusry: Biasa saja.
Rita: Belum pernah lagi bercinta.
Eera: Kita bantah.

URTV: Insiden yang menyedihkan ketika bercinta?
Yusry: Sama saja... sesama artis ke... sesama cikgu ke... sesama jiran ke... bila frust bercinta tu sama saja frust macam orang lain... tak ada bezanya artis dengan orang lain.
Eera: Tak adapun insiden atau accident.
Rita: Tak ada.

URTV: Boleh kata kau orang ini pernah putus cinta dengan artis... tak serik ke nak bercinta dengan artis juga?
Eera: Jodoh ada di mana-mana.
Rita: Betul... betul-betul... sokong.
Yusry: Bukan dirancang... jodoh tu ditentukan Tuhan dan kita terima apa saja yang ada.

URTV: Komen family cinta sesama artis?
Rita: Seksalah soalan ini... saya tak reti nak jawab.
Eera: Mak Eera akan bagi dialog P. Ramlee... Siapa... lawyer... ahli muzik... pantang datuk nenek aku. Tapi yang pasti family okey kut. Tapi setakat apa dah yang anak dia lalui... mak saya jenis yang nyanyi... aku pasrah.
Yusry: Saya lelaki... kalau cinta sesama artis ke, tak ada pendapatan tetap ke... the point is lelaki yang kena sara hidup perempuan tue.
Eera: Iyea... ulang sekali lagi... lelaki sara hidup perempuan yea... Amin.
Yusry: Saya tarik balik (sambil ketawa. ).

URTV: Pernah tak rasa cemburu bila peminat serbu pasangan kau?
Yusry: Tak ada... tapi tengok juga peminat tue macam mana. Yalah yang suka mendekati dia dengan cara lain... bagi hadiah... itu yang saya tak suka. Ialah serbu tu harmless... ialah mereka minat... tapi yang serbu tapi ada niat lain tu yang bahaya...
Eera: Sporting... kita pula yang balik havoc jerit nama Yusry... Yusry.
Rita: Pasangan saya... siapa ha... kalau la. macam saya diserbu peminat... buat apa nak cemburu.

URTV: Apa tak seronoknya bila cinta dengan artis?
Yusry: Sama saja... putus cinta dengan artis ke... putus cinta dengan pelajar ke... putus cinta tu memang biasa. Kalau tak jadi... tak jadilah... take it easy.
Eera: Kalau putus cinta saja Eera akan nyanyi... kini aku pasrah... mulalah lagu meleleh-leleh dan jiwang-jiwang keluar.
Rita: Hanya Tuhan saja yang tahu...

URTV: Pernah tak kena kutuk dengan peminat yang tak suka dengan percintaan kau orang?
Eera: Peminat poomm-poommm... suka atau tidak dia poommm-poom saja. Mereka tak kata apa-apa dan saya tak berani nak komen.
Yusry: Banyak yang lebih suka daripada tak suka.
Rita: Ada juga yang tak suka... tapi saya tak kisah kerana bagi saya karier yang lebih penting.

URTV: Kau rasa lebih seronok bercinta dengan artis atau orang biasa?
Eera: Bercinta dengan sang kancil okey jugak... ia cerdik, bercinta dengan cimpanzi... dengar kata... bila suruh ambil air... ohu... ohu... dengan manusia ia banyak bercakap... pot... pet... pot... pet
Yusry: Habis ingat pot... pet... sebelah saja... sebelah lagi pot... pet... pun banyak jugak.
Rita: No komen... rasanya sama saja. Nama pun manusia.

URTV: Mungkin lebih senang dengan orang sealiran?
Yusry: Yalah faham time-time kerja... kadang tu artis tak faham juga.
Eera: Ialah kalau bekerja tue dah di luar macam manusia lain...
Rita: Kami pun manusia biasa juga.

URTV: Serik ke nak cakap pasal cinta yang lalu macam Sham Kamikaze tu Rita?
Rita: Kan saya dah bagi kenyataan dalam akhbar.
Yusry: (mengusik Rita) ada satu lagi.
Eera: Ada orang tue kata dia pandai masak... apa lauk yes... masak lemak cili api... asam pedas?
Rita: Mana ada (tersenyum).
Eera & Yusry: Kita kenal orang tue.
Rita: Dia tipu aje.

URTV: Eera dan Yusry... bila lagi kau orang nak kahwin?
Eera: Tulah siapa suruh bagi tarikh. Cuba tanya Rita tarikh mana paling sesuai untuk kami melangsungkan?
Rita: Suka hati dia oranglah nak kahwin bila.
Yusry: Buat apa teka-teka... penat tau. Penat nak menjawab.
Eera: Yalah penat nak menjawab. Mana kami pergi semua tanya tarikh yang orang lain dah tetapkan untuk kami. Penatlah...

URTV: Sebenarnya bila...
Eera: (Sambil menyanyi) Tuhan saja yang tahu.