Kenapa Yusry temankan Erra di lokasi?
Oleh: Joha Ahmad

Bermula dengan kelahiran album barunya pada April lalu, 'Sampai Bertemu', Erra terus ke lokasi filem. Bayangkan! Empat filem untuk Erra sepanjang tahun ini - 'Mr.Cinderella' (Kuasatek Pictures), 'Soalnya Siapa' (Serangkai Filem), 'Gila-Gila Pengantin' (gandingan Skop Production & ACE Motion Pictures) dan diikuti dengan filem 'Keranamu Maria' (Skop Production) yang akan memulakan penggambaran September ini.

Sibuk! Memang sibuk! Penyanyi dan pelakon jelita ERRA FAZIRA memang sibuk sepanjang tahun ini.

Appointment sesi bergambar untuk cover URTV?

"Aduh! Memang Erra nak. Apalagi Erra diberi penghormatan jadi cover girl pertama wajah baru URTV... memang Erra suka. Rugi kalau Erra tolak." Begitu kata Erra ketika dihubungi melalui telefon bimbitnya untuk dapatkan appointment sesi fotografi cover URTV kali ini.

Katanya lagi, "Macam nilah! Kalau Erra bagi slide Erra sendiri boleh tak? Memang eksklusif! Erra buat untuk ahli kelab peminat sebenarnya. Belum digunakan lagi. Slide terbaru tu. Tapi demi URTV, Erra berilah. Yang penting Erra tak nak tolak jadi cover istimewa ni! Erra ada banyak slide. Pilihlah yang mana sesuai dengan konsep cover URTV."

Appointment untuk interviu macam mana?

"Susah juga ni bagi date. Tapi tak apa boleh datang lokasi bila-bila masa. Erra tengah shooting 'Gila-Gila Pengantin' ni. Datanglah. Nak cerita panjang-panjang macam selalu tu tak bolehlah. Tapi curi-curi masa tengah break tu okey," kata Erra.

Begitulah perbincangan antara URTV dengan Erra Fazira sepanjang menghasilkan cover kali ini. Apa pun komitmen Erra begitu baik. Begitu juga kehadirannya pada tarikh pelancaran wajah baru URTV pada 17 Ogos di Kuala Lumpur... Erra berusaha mendapatkan pelepasan daripada pengarah filemnya, Aziz M. Osman. Terima kasihlah!

Berikut ialah temu bual dengan Erra di lokasi 'Gila-Gila Pengantin' di Taman Bidara, Selayang, Kuala Lumpur pada Julai lalu. Kesian! Setiap kali pengarah memberikan arahan cut Erra bergegas lari untuk ditemu bual.

URTV: Setahu kita Yusry tak terlibat dalam filem ni. Tapi dia berada di lokasi. Khabarnya dia selalu di lokasi ni. Buat apa pula tu? Temankan Erra ke?
ERRA FAZIRA: (Ketawa) Bagusnya soalan awak tu? Nak mengenakan kitalah tu! Dia datang bukannya apa, saja... dia ada cita-cita nak jadi pengarah filem. Bila dia datang kat lokasi, dia selalu tengok Abang Aziz buat kerja. Sekejap je, sejam dua jam, lepas tu dia baliklah. Sebagai kawan tak salah kalau dia datang kan? Betul tak?

URTV: Oooh! Bukan tengok Erra?
ERRA FAZIRA: Takdelah... yalah... eh... bukan dia tengok Abang Aziz! Pandai awak perangkap kita.

URTV: Ada peminat ramal Erra akan mendirikan rumah tangga tahun depan. Apa komen?
ERRA FAZIRA: Itu Tuhan punya kuasa... kalau ya, alhamdulillah... entahlah!! Kalau nak ikut tahun depan umur kita dah 29 tahun. Habis macam mana kita sibuk, dia pun sibuk.

UTRV: Jadi tahun depan tak confirm kahwinlah ni?
ERRA FAZIRA: Dua tahun lagi... kalau jadilah! Kalau tak jadi kita renew balik tempoh tu untuk dua tahun lagi.

URTV: Tahun ni sibuk sangat nampak. Dengar cerita tahun depan dah tak ank ambil tender berlakon lagi?
ERRA FAZIRA: Tengoklah... rasanya macam tulah juga. Bukannya apa kita nak tumpukan masa kepada album pulak tahun depan. Tahun ni je dah empat filem!

URTV: Hai! Shah Rukh Khan setahun 10 filem.
ERRA FAZIRA: Dia tak ada album, dan tak ada show hujung minggu, bolehlah. Kita buat semua tu, campur pulak dengan sesi fotografi lagi. Letih wak!