Erra Fazira TV show times on Hari Raya

Astro Ria

Ragam penyanyi dan pelakon jelita Erra Fazira berhari raya bersama-sama teman artis dirakamkan untuk hiburan para penonton pada 6hb. Disember, pukul 3:00 petang. Rancangan muzikal Rumah Terbuka Erra Fazira menampilkan artis-artis popular tanah air seperti Ziana Zain, Ferhad, Maya, Salih Yaacob, Shamsul Ghau Ghau, REM, M. Daud Kilau, Chef Wan, Sheila Rusli, Danny X Factor dan pengacara-pengacara ASTRO RIA. Pelbagai kerenah mencuit hati dari artis-artis undangan ini dalam mengimbau kembali kenangan indah berhari raya. Rancangan Rumah Terbuka Era Fazira boleh juga diikuti pada 9 Disember pukul 9:00 malam dan 12 Disember pukul 1:00 petang.

Filem Gerak Khas The Movie pada 6 Disember pukul 9:00 malam. Hasil garapan pengarah terkenal Dato' Yusof Haslam, filem ini memaparkan kecekapan Inspekton Mazlan dan Inspektor Aleza serta Inspektor Shafikah menumpaskan sindiket dadah terbesar di kotaraya. Dilakonkan oleh AC Mizal, Abby Abadi, Erra Fazira, Nasha Aziz, Rosyam Nor, Norman Hakim, Normala Samsudin, serta ramai lagi.

Pada hari raya kedua, 7 Disember, pukul 1:00 petang, Putih, filem animasi melayu pertama berdasarkan cerita dongeng melayu lama "Bawang Putih Bawang Merah". Dengan suara latar Erra Fazira, M. Nasir, Wan Maimunah dan Raja Azura, filem animasi ini mengisahkan penderitaan Putih, anak malang, yang sering didera oleh ibu dan kakak tirinya selepas kematian bapanya, Pak Sukam.