NOSTALGIA ERRA FAZIRA
Dulu nakal, Kini pelakon jelita
KEGAGALAN KUNCI KEJAYAAN
Bekas Miss Malaysia 1992, Fazira Wan Chek atau nama glamornya Erra Fazira memang
mempunyai minat menyanyi dan menari sejak kecil. Segala-galanya berubah apabila
Erra menyertai pertandingan Ratu Wilayah dan kemudiannya dilamar untuk menjadi
artis rakaman Polygram Records. Tidak lama selepas itu, dia menceburi pula bidang
lakonan menerusi filem pertamanya, 'Sembilu' arahan Datuk Yusof Haslam.
Melihat wajahnya yang manja dan jelita itu, pasti ramai yang menyangka Erra
berasal dari keluarga yang berada memandangkan Erra hanya mempunyai dua beradik
sahaja. Bagaimanapun, banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan dan salah satunya
ialah apabila ayah Wan Chek meninggal dunia sewaktu dia berusia lapan tahun.
"Sekiranya ada kenduri kahwin atau majlis tari-menari di kawasan tempat
tinggal Erra, pastinya Erra tak pernah ketinggalan untuk memeriahkan majlis
tersebut. Kebanyakan orang kampung tahu yang Erra memang minat menyanyi. Kalau
ada orang kampung yang mengusik minta Erra menyanyi dan menari, Erra tidak segan
silu akan menyanyi kat situ juga.
"Ha! Kalau nak tahu, perangai Erra ketika kecil boleh dikatakan agak lasak
dan memang Erra bersifat tomboy. Bab permainan pula memang Erra tak nafikan
yang Erra ni jenis yang tak main permainan budak perempuan. Yang paling Erra
suka ialah permainan budak lelaki contohnya suka panjat pokok, menunggang motor
dan yang lasak-lasak.
"Lagi satu tabiat Erra ialah suka sepah-sepahkan barang permaian selepas
bermain. Bila mak tengok rumah bersepah habis Erra kena marah dan sering dipukul
kerana degil. Mak Erra ni jenis yang tak boleh tengok rumah bersepah.
"Bagaimanapun, adakalanya Erra juga sering kena pukul walaupun kesilapan
yang dilakukan agak kecil. Pantang buat silap, mak pasti akan rotan. Pernah
sekali tu mak pukul Erra dengan kayu yang besarnya stu depa gara-gara tertumpah
air. Selain itu, mak juga pernah baling radio mini kompo dan macam-macam benda
lagi yang sempat dicapai untuk melepaskan kemarahannya.
"Terus-terang Erra katakan yang Erra memang takut dengan mak sebab mak
memang garang orangnya. Rasanya kalau mak tak marah atau pukul Erra dalam satu
hari tu, macam ada yang tak kena. Erra ingat lagi, ketika umur Erra sembilan
tahun, mak belikan sepasang baju yang bersaiz dua kali ganda daripada saiz Erra
ketika hendak menyambut hari lembaran.
"Apalagi, Erra terpaksa menangis kerana terpaksa memakai baju kurung besar.
Kata mak, dia sengaja membeli yang besar supaya Erra boleh memakainya dalam
jangkamasa tiga tahun untuk menjimatkan kos perbelanjaan.
"Tapi bila Erra sakit seperti demam barulah mak tidak memukul Erra. Masa
tu mak akan tunjukkan kasih sayang sebenarnya pada Erra walaupun mak tegas dan
sering memukul untuk mendidik anaknya yang nakal ini. Dalam sakit-sakit tu sempat
jugalah Erra minta yang bukan-bukan, semuanya dapat. Kira nakal jugalah Erra
bila time sakitpun boleh ambil kesempatan ke atas mak.
Umur lapan tahun ayah Erra iaitu Wan Chek, telah meninggal dunia akibat sakit
tua. Walaupun usia Erra ketika itu masih kecil , tapi Erra tahu ayah sudah pergi
buat selamanya. Bagi Erra sekeluarga, kami redha dengan ketentuan illahi.
ASYIK BERTUKAR SEKOLAH
"Di sekolah Erra ada menyertai banyak persatuan seperti Pengakap, St Ambulans,
Kelab Kebudayaan, Bahasa Inggeris dan boleh dikatakan Erra ni aktif dalam berpesatuan.
Kalau boleh masa tu. Erra nak join kesemua kelab yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
"Bab sukan pula, Erra tak pernah melepaskan peluang untuk menyertai sebarang
pertandingan yang diadakan. Kalau nak tahu, Erra pernah mewakili sekolah dalam
acara sukan bola jaring.
"Namun begitu, yang tak sedapnya tiap-tiap tahun Erra sering bertukar sekolah
atas sebab-sebab tertentu. Bermula dari Tadika Jalan Pahang, kemudian ke Sekolah
Rendah Kebangsaan Setapak Kuala Lumpur, Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor
hinggalah ke Sekolah Kebangsaan Gombak, Selangor.
"Sementara bagi sekolah menengah pula, Erra pernah menuntut di Sekolah
Menengah Kebangsaan Gombak Setia Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala
Labu Baru (asrama), Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa Kuala
Lumpur dan yang paling akhir ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sentul,
Kuala Lumpur.
"Mestipun begitu, namun Erra sebenarnya tidak pernah ketinggalan dalam
mana-mana mata pelajaran . Malah apa yang membanggakan, Erra telah berjaya menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kemudiannya mendapat keputusan
yang baik.
JADI MINAH MOTOR
"Ketika usia 17 tahun, sedang gadis remaja lain asyik belajar menjahit,
memasak dan sebagainya, tapi Erra sibuk dengan aktiviti menunggang motosikal
berkuasa tinggi. Mungkin pengalaman yang akan Erra ceritakan ini pernah terjadi
kepada anda, namun ianya bagi Erra penuh bermakna dan telah memberikan satu
pengajaran yang tak akan Erra lupakan sampai bila-bila.
"Oleh kerana minat yang mendalam, Erra sanggup menghabiskan duit simpanan
semata-mata hendak membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi iaitu Kawasaki ZXR
750 yang diidam-idamkan selama ini. Pada hari pertama membelinya dan hendak
membawa pulang, Erra bagaikan sayang hendak menunggangnya kerana takut calar
dan kotor.
"Apabila kawan-kawan dapat tahu yang Erra dahpun membeli sebuah motor,
akhirnya mereka pun datang melepak untuk melihat kecanggihan motor tersebut.
Masa itu memang terasa bangga jugalah bila motor sendiri dipuji melambung-lambung.
"Ketika seding asyik bertukar fikiran mengenai kecanggihan motor itu, salah
seorang rakan telah memberitahu tentang perlumbaan motor bertaraf dunia yang
akan diadakan di Batu Tiga , Shah Alam, Selangor. Antara pelumba yang mengambil
bahagian ialah Mike Doohan, pelumba berbangsa Australia yang memang saya minati.
"Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menyaksikan perlumbaan tersebut
beramai-ramai dengan menaiki motorsikal masing-masing. Erra juga tidak ketinggalan
untuk menyertainya memandangkan idola saya akan bertanding.
"Pada hari berkenaan, Erra pun memakai baju T yang dipandankan bersama
Jaket Kulit, boot dan jeans. Kalau orang tengok memang tak percaya yang Erra
baru 17 tahun dan nampak bukan macam perempuan. Malah gaya dan lagak Erra juga
memang tak ubah macam lelaki.
"Dalam perjalanan menuju ke litar perlumbaan tu, hati ini cukup gembira
kerana akan menyaksikan sendiri Mike Doohan beraksi. Mungkin kerana asyik berkhayal,
motorsikal yang Erra tunggang agak ketinggalan dibelakang. Manakala rakan-rakan
yang lain pula sudah jauh meninggalkan Erra.
"Entah macam mana, bila tiba di satu selekoh tajam, Erra hilang kawalan
lalu terseret kira-kira tujuh meter dari tempat kejadian. Menyedari kesilapan
yang Erra lakukan, akhirnya Erra lepaskan handle motorsikal dan berguling
kearah yang berlainan. Sementara motorsikal pula terpelanting masuk ke dalam
longkang berhampiran.
"Akibat kesakitan di seluruh badan, Erra terpaksa baring selama dua minit
sebelum boleh bangkit untuk mendapatkan bantuan. Nasib baiklah beberapa kenderaan
yang lalu lalang menyedari apa yang berlaku dan pantas memberi pertolongan,
kalau tidak tak tahulah apa yang bakal terjadi.
"Selain itu, Erra juga bersyukur kerana memakai jaket kulit yang dapat
mengelakkan kecederaan yang agak parah. Bayangkan, jaket kulit yang Erra pakai
tu habis calar-calar hingga tak sesuai langsung kalau nak digunakan semula.
"Beberapa jam kemudian, bila bertemu semula dengan rakan-rakan, Erra pun
ceritakan semula mengenai kemalangan yang dah berlaku. Mulanya mereka tak pecaya
dan ingatkan Erra berbohong
.tetapi sebaik melihat kecerderaan Erra,
barulah mereka mempercayai.
"Meskipun begitu, rasanya tak rugi jugalah bila menonton perlumbaan yang
diidamkan selama ini. Mana taknya, segala sakit hilang begitu sahaja apabila
Mike Doohan menjuarai perlumbaan tersebut.
"Nah, itulah sedikit pengajaran yang tak akan Erra lupakan sampai sekarang.
Bagaimanapun selepas kemalangan itu, mak tidak lagi membenarkan Erra menunggang
motorsikal itu. Akhirnya, nak tak nak, motorsikal ZXR 750 terpaksa terterap
sahaja di rumah buat pekasam.
TERJUN KE DUNIA MODELING
"Sebelum Erra melibatkan diri dalam dunia seni, Erra pernah menjadi iklan
model untuk produk gula-gula (Chupa Chup) ketika berusia 16 tahun lagi. Seingat
Erra kalau tak silap, Erra dikehendaki melakonkan watak seorang pelajar yang
nakal sedang memakan gula-gula sewaktu cikgu sedang mengajar.
"Itulah pengalaman pertama Erra beraksi di hadapan kamera. Tapi tak adalah
pula rasa malu atau kekok bila dah mengadap kamera. Agaknya perangai Erra yang
selamba membuatkan iklan tersebut berjaya dirakam tanpa sebarang masalah.
"Tapi dalam banyak-banyak kemenangan, kejayaan sebagai ratu adalah saat
yang paling indah buat diri Erra . Penyertaan Erra dalam pertandingan Ratu Wilayah
tahun 1992, sebenarnya adalah didajal oleh rakan-rakan
..tapi tak sangka
boleh berjaya.
"Ceritanya begini, tanpa pengetahuan Erra
..mereka telah mendaftarkan
nama Erra sebagai salah seorang peserta pertandingan itu. Memang Erra tak tahu
langsung tentang pekara tersebut. Bila dapat tahu tak ada pula perasaan nak
marahkan mereka tetapi Erra menurut sahaja kehendak mereka.
"Bila Erra suarakan pada mak tentang pertandingan ratu, mak memang membantah
keras. Tapi bila Erra menyertainya secara sembunyi dan membawa pulang sijil
kemenangan peringkat separuh akhir, mak pun jadi lembut dan memberikan kata-kata
perangsang.
"Seterusnya pertandingan akhir yang berlangsung di Hotel Crown Princess
Kuala Lumpur itu telah diadakan dengan penuh gilang gembilang. Kalau nak Tahu
Erralah satu-satunya peserta Melayu yang berjaya memasuki pertandingan akhir
sekaligus dinobatkan sebagai Ratu." Ujarnya.
FILEM LAKONAN
Sembilu
Sembilu2
Maria Mariana
Maria Mariana 2
Gemilang
Pasrah
Putih
Gerak Khas The Movie
Soal Hati
Mr. Cinderella
Gila-Gila Pengantin
Soalnya Siapa
Janji Diana
Ikhlas dari Ayu Rosniza (Jelapang
Padi, Kedah) *Terima Kasih yang tidak terhingga dari
Webmaster!!!