'Mr Cinderella 2' buat kejutan
ANITA SARAWAK, ERRA BERGANDING BAHU

Setelah Mohd Noor Kadir, Yusof Haslam, Erra Fazira dan Yusry KRU dilanda kontroversi ketika perancangan untuk menerbitkan 'Mr Cinderella 2', kini segalanya kembali jernih apabila semua pihak sanggup mengetepikan masalah yang timbul. Dengan rasa rendah diri dan mengetepikan ego masing-masing, akhirnya sambungan filem Block Busters yang sebelum ini pernah menarik jutaan penonton ke pawagam itu berjaya dilancarkan di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Selangor.

"Walaupun saya pernah merajuk dengan Erra, dan Erra pun pernah merajuk dengan saya, namun itu semua asam garam kehidupan. Kini kita semua kembali bergabung untuk menjayakan filem 'Mr Cinderella 2' dengan semangat kekeluargaan," ujar Yusof Haslam dalam ucapannya.

Yusof yang bakal ke Mekah menunaikan Haji kelihatan begitu gembira kerana usahasamanya dengan syarikat Bumiputera seperti Kuasatek dan Ace Motion Picture berjalan dengan lancar. Kata Yusof lagi, dia sebenarnya ingin melihat orang Melayu menguasai industri perfileman selepas mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku terhadap pelakon dan pengarah lama seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

"Kita tak mahu hanya bekerja dengan orang lain. Malah hasil karya kita juga menjadi hak milik orang lain yang terus-terusan mengambil keuntungan," ujarnya.

Dalam pelancaran tersebut, Mohd Noor telah mengumumkan bahawa Anita Sarawak bersetuju berlakon dalam 'Mr Cinderella 2' dan ia sekaligus menjadikan filem tersebut sebagai satu kejutan terbesar. Ini kerana, Anita kini merupakan bintang antarabangsa yang cukup dihormati dan sumbangannya pasti menarik minat sebilangan besar penonton selepas menyepi dari bidang lakonan sekian lama.


SINOPSIS “MR.CINDERELLA 2”

Kisah bersambung dari “Mr.Cinderella” dimana Hakimi, setelah ditunangkan dengan Puteri Megawati, telah di angkat menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk menerajui “MEGAPURI BERHAD”, syarikat yang dijadikan asas oleh Puteri untuk meng”korporat”kan pemikiran seni Hakimi yang tidak dapat menyesuaikan diri tapi mengambil kesempatan tersebut untuk membuktikan kemampuannya yang tersendiri tanpa bersandar pada Puteri yang sentiasa memacu segala tindak-tanduk operasi syarikat tersebut. Apabila diketemukan dengan Datuk Johan dan anak gadisnya Anis, yang juga Presiden “AGRO PRODUCTS” yang berpengkalan di New Zealand, Hakimi menggunakan peluang tersebut untuk menjalin satu kerjasama pintar antara mereka tanpa menyedari agenda tersembunyi Anis yang sebenar adalah untuk mendekati diri Hakimi yang sudah terpahat dihatinya.

Sikap Hakimi yang mudah dan ambil lewa terhadap sesuatu perkara, banyak mengecewakan Puteri yang cuba mendidiknya menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab, dan apabila Hakimi "main-main” meletakkan jawatannya, perbuatan tersebut telah mengundang ketidakselesaan Puteri yang mengacah untuk memutuskan tali pertunangan antara mereka tanpa menyedari Sultan sendiri telah melaksanakannya apabila mendapat tahu kononnya Hakimi adalah seorang lelaki homoseks yang menjalin hubungan sejenis bersama Kumin.

Hakimi yang mendapat berita tersebut semasa berada di New Zealand, amat kecewa kerana menyangka Puteri yang telah memutuskan pertunangan mereka dan juga menggugurkan segala jawatannya di “MEGAPURI BERHAD”, lalu mendekati Anis yang menawarkan jawatan “Director Of Operations” pada Hakimi di "AGRO PRODUCTS” bukan kerana kepakarannya, tapi atas desakan suara hatinya untuk menjalin hubungan peribadi yang melukakan hati Shamsul, nadi kekuatan "AGRO PRODUCTS”, yang menaruh hati pada Anis yang pernah menolak lamaran untuk mengahwininya.

Apabila Puteri menyusuri untuk memujuk Hakimi yang enggan menemuinya di New Zealand, Shamsul telah mengambil kesempatan tersebut untuk mendekati Puteri yang telah putus harapan, lalu menawarkan jawatan CEO “MEGAPURI BERHAD” kepada Shamsul, di mana perletakan jawatannya di “AGRO PRODUCTS” telah mengejutkan Datuk Johan yang masih berihat di Malaysia akibat serangan sakit jantungnya dan meninggal dunia.

Anis yang terkejut mendapat berita tersebut dan bergegas untuk pulang ke Malaysia telah terserempak dengan Puteri yang juga menaiki pesawat yang sama, dan tercetus perasaan “mesra dalam curiga” antara mereka, dan dalam masa yang sama, masing-masing tidak mengetahui bahawa Hakimi yang menyesal di atas layanan pada Puteri, telah bertindak untuk melepaskan jawatannya di New Zealand, bertujuan menjejaki semula Puteri di Malaysia tetapi di kejutkan dengan berita kehilangan Anis yang tidak sempat menghadiri upacara pengkebumian jenazah arwah bapanya, seterusnya mencurigai Puteri yang kali terakhir di lihat bersama Anis semasa ketibaan pesawat di KLIA.

Terjebak dalam konflik antara simpati pada Anis, dan kasih pada Puteri yang di curigai berada di sebalik tabir penculikan Anis yang cedera parah apabila di selamatkannya semasa hampir di bunuh penculik, Hakimi terpaksa membuat lapuran polis terhadap Puteri yang terkejut dengan tindakannya.

Apa yang terjadi pada Anis yang bertarung nyawa di bilik ICU, Puteri yang di tuduh cuba membunuh Anis, dan Hakimi yang terperangkap dalam dilema simpati dan kasih.

SAKSIKANLAH ADEGAN SETERUSNYA YANG AGAK MERUNTUN JIWA, YANG SEBELUMNYA DI HIASI DENGAN SITUASI HUMOR DAN ROMANTIK DALAM FILEM BLOCKBUSTER “MR. CINDERELLA 2”, 30 PERATUS PENGGAMBARANNYA DI RAKAM DI NEW ZEALAND


SENARAI NAMA PELAKON
“MR. CINDERELLA 2”


NAMA - WATAK
1. YUSRY ABD HALIM - HAKIMI
2. ERRA FAZIRA - PUTERI MEGAWATI
3. ANITA SARAWAK - SURIA
4. MAYA KARIN - ANIS
5. OPIE ZAMI - KUMIN
6. RASHID SALLEH - SHAMSUL
7. M. RAJOLI - SULTAN
8. KHADIJAH IBRAHIM - PERMAISURI
9. HELMI GIMMICK - HASSAN
10. DATUK ISMAIL HUTSON - DATUK JOHAN
11. DATUK JAMALI SHADAT - PAK SAMAD
12. JALALUDDIN HASSAN - DATO’ PENASIHAT
13. UMIE ADA - MELOR
14. CAPT. MOHD NOR - PENJAHAT 1 (MAN)
15. HARUN SALIM BACHIK - PENJAHAT 2 (DIN)

SENARAI TENAGA PRODUKSI
“MR. CINDERELLA 2”


1. MOHD NOOR KADIR
PENERBIT / PENULIS SKRIP

2. DATUK YUSOF HASLAM
PENERBIT BERSEKUTU / PENASIHAT

3. SARIMAH JAMIAN
PENERBIT EKSEKUTIF 1

4. SHEILA MNK
PENERBIT EKSEKUTIF 2

5. KHAIRIZAM KADIR
PEN. PENERBIT EKSEKUTIF

6. NORDIN WAHAB (DIN CJ)
PENGARAH

7. ZAITUN KASSIM
PENGARAH 1 / CONTY

8. MAZRI MUSTAFA
PENGARAH 2

9. MOHAMAD KHAIR
PENGURUS PRODUKSI

10. NAZRUL ASRAFF
PENGARAH SENI

11. AININA AHMAD B
PEMBANTU SKRIP