'Gila-gila
Pengantin', Satu kelainan
Setelah kita menonton pelbagai filem berat, humor yang melampau, kisah sedih
dan lain-lainnya, kini tibalah masanya anda menonton filem 'Gila-gila Pengantin'
garapan Aziz M. Osman dan Yusof haslam yang agak ringan ceritanya. Malah watak
Erra yang lari dari kebiasaan (serius) boleh dikatakan satu pembaharuan yang
cuba ditonjolkan oleh penerbit GGP pada penonton.
Boleh dikatakan, GGP mudah untuk difahami kerana jalan ceritanya tidaklah terlalu berbelit sebagaimana filem-filem lain yang memerlukan penonton berfikir. Lawak bersahaja yang cuba ditonjolkan memang berjaya menghidupkan jalan cerita sekaligus membuat kita terus tenang hingga ke akhirnya.
Lebih menarik, sebuah lagu OAG berjudul Slumber dan dua buah lagu Les Sekinchan
berjudul 'Rindu Lagi' dan 'Gila-gila Pengantin' turut diselitkan menjadikan
GGP cukup menarik. Filem yang menelan kos RM1.2 juta ini akan menemui penonton
pada 30 Januari 2003 di 40 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Sinopsis
Lima belas tahun dahulu, JOHARI dan ALEYA (berumur 7 tahun) mengiringi sepasang pengantin menaiki tahta pelamin yang serba gemilang. Malang tidak berbau, pelamin tersebut roboh, meninggalkan kenangan hitam dalan memori mereka yang berada di atasnya... termasuklah Johari dan Aleya.
Aleya dan Johari kini berjauhan. Aleya bekerja sebagai pengasuh kanak kanak
disebuah tadika. Johan pula mengendalikan klinik gigi. Masing masing berkeinginan
untuk memiliki pasangan hidup tetapi tiada siapa pun
yang sanggup memenuhi syarat mereka iaitu berkahwin tanpa bersanding di atas
pelamin.
Mengikut trend masa kini, Johan dan Aleya menghabiskan waktu meluncur internet dan berbual (chatting) dengan sesiapa saja yang mahu berkenalan dengan mereka di alam siber. Kebetulan Johan dan Aleya bertemu di Internet dengan mengunakan nama samaran PUTERA IDOLA dan CINDERELLA.
Perbualan mereka akhirya menimbulkan keinginan untuk bertemu. Dari pengalaman lalu, Aleya pernah membuat temu janji dengan teman sibernya tetapi hasilnya mengecewakan. Jadi, untuk pertemuannya dengan Putera Idola (JOHARI), Aleya telah menyuruh sepupunya WANDA menyamar sebagai dirinya.
Pertemuan eksperimen Wanda dan Johari bertukar menjadi pertemuan emosi. Wanda telah terpikat dengan kekacakkan Johari. Johari pula (yang masih menyangkakan Wanda ialah CINDERELLA) merasakan dia telah menemui pasangan hidupnya apabila mendapat tahu Cinderella juga takut naik pelamin.
Rancangan awal Aleya telah gagal. Keadaan menjadi lebih buruk apabila HARUN (tunang Wanda) mencari dan menunggu Wanda di rumah Aleya. Tiba tiba rumah Aleya diserbu pegawai pencegah maksiat.
Harun dan Wanda sepatutnya disatukan di majlis perkahwinan yang akan berlangsung tiga minggu lagi. Tetapi kini pihak keluarga Wanda telah menuduh Harun bermain kayu tiga dengan Aleya. Wanda pula menangguk di air keruh dengan menyuruh Johari melamarnya segera.
Akhirnya,
untuk mengelakkan komplikasi, Aleya terpaksa berkorban untuk berkahwin dengan
Harun. Johari pula akan berkahwin dengan Wanda. Johari menjadi ragu-ragu apabila
Wanda minta agar mereka disandingkan di pelamin. Aleya pula akan bersuamikan
lelaki yang masih cintakan tunangnya.
Info
Gabungan
SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD.
ACE MOTION PICTURES SDN. BHD.
Dibintangi
EERA FAZIRA - Aleya
NORMAN HAKIM - Johari
JULIANA BANOS - Wanda
HAIRIE OTHMAN - Harun
Turut membantu
SYANIE HISHAM - Rohani
SALLEH YAACOB - Borhan
OSMAN KERING - Dolah
M.RAJOLI ayah Wanda
A.GALAK ayah Harun
AIMI JARR ayah Aleya
KISMAH JOHARI ibu Harun
FARIDAH KU SHAFIE ibu Wanda
UMI SAIMI ALI - ibu Aleya
KAPT WAN NAFISAH pembantu klinik
Bintanq undangan
A.R.BADUL
LES SEKINCHAN
Sutradara
AZIZ M.OSMAN fdam
Penerbit
DATUK YUSOF HASLAM pjn
AZIZ M.OSMAN
penerbit eksekutif
HJ.ISMAIL MUSTAPHA ppn
NOR ALlAH LEE ABDULLAH
penerbit penyelaras
AZMAN HJ.ISMAIL
cerita dan Iakonlayar
AZIZ M.OSMAN
pengarah fotografi
BADE HJ. AZMI
penata rias
HADTHIM THAI
penolong sutradara
DOL BASER
pengurus lokasi
TINI ARSHAD
pengurus pemasaran
ROSMAN IBRAHIM
penyunting filem
AZIZ M.OSMAN
jurukamera
BADE HJ. AZMI
pembantu jurukamera
SHAHRIMAN KAMARUZAMAN
gaffer
MUHAMAD NAZIR AHMAD
key grip
MOHD. FAIZAL MD ALI
krew
HASHIMOTHMAN
SHAMSUL AKMAL ASMONI
MAZLAN HAMZAH
ZAIDI MD. ZAIN