Janji Diana, Tampilkan Erra Fazira dan Rosyam Nor
INTRODUKSI
"JANJI DIANA".... sebuah 'bahagia' yang ditusuk luka menyimpan bisa sampai bila-bila. Bisa yang tersimpan semakin melarat dalam diam sehingga menjadi mudarat kepada jasad bersih yang berlumba mencari arah tujunya. Terdorong oleh parut yang masih bernanah 'dia' terbang bebas tanpa ada ibu, tanpa ada restu untuk mengizinkannya hanyut dalam dendam. Dendam pada sekelompok manusia yang bernama 'lelaki'.
Garapan istimewa ini datang daripada seorang karyawan yang tidak lagi perlukan introduksi untuk mengenali siapa dia. Cetusan idea yang diilhamkan oleh beliau menjadi penggerak kepada filem terbaru yang bakal menggegarkan industri filem Malaysia buat ke sekian kalinya.
Filem yang ke-12 dari syarikat produksi yang sedia dimaklumi, SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD. sekali lagi melabuhkan layar putih dengan "JANJI DIANA", ditangani oleh DATUK YUSOF HASLAM.
"JANJI DIANA" akan dipersembahkan dengan warna yang berlainan, mesra kepada remaja dan dewasa. "JANJI DIANA" men janjikan suatu perubahan ketara dan 'mood' pembikinan yang pelbagai. Filem ini mempunyai jiwa dan semangatnya yang tersendiri.
Dengan belanja sekitar RM1.3 juta, nilai hasil kreativiti sutradara DATUK YUSOF HASLAM dengan komitmen dan tenaga produksi "JANJI DIANA" dan artis-artis popular yang komited serta punyai bakat yang tidak perlu disangkal lagi akan menjadikan "JANJI DIANA" sebagai karya yang ditunggu-tunggu.
Semoga "JANJI DIANA" akan menjadi wadah yang bakal membuka minda dan meninggalkan kesan yang positif untuk mendidik anak bangsa kita agar menghormati janji kepada diri dan tidak mensia-siakan kehidupan sendiri.
SINOPSIS
JANGAN SUKA BERJANJI KELAK AKAN MEMAKAN DIRI
DIANA tidak perlukan nasihat sebegitu. DIANA masih tetap dengan janjinya-janjinya. Janji pada arwah ibunya dan janji pada dirinya. Pun begitu seandainya ibu masih ada. Janji-janji DIANA sudah pasti ditentang keras olehnya kerana janji-janji yang membuta tuli itulah yang telah mendorong DIANA untuk terarah ke lorong yang tidak bersih buat seorang gadis sepertinya.
Melalui onak itu juga dirinya telah terhumban ke dalam cengkaman lelaki rakus yang bernama IJOY. Ini menambahkan lagi tekad janji-janji DIANA yang berterusan untuk nekad berdendam terhadap lelaki.
Seluruh komuniti dirasakan menjadi musuhnya. Ayahnya, MURAD juga seorang lelaki. Bahkan seorang lelaki yang berjaya dan mempunyai segala-galanya yang diperlukan untuk mendidik puteri tunggalnya. Membenci lelaki bererti DIANA juga membenci ayahnya. Mungkin ini kurang kebenarannya. DIANA tetap menyayangi ayahnya malah terlalu menyayangi. Cuma mungkin sayangnya itu telah tercemar dengan kehadiran wanita bernama ANITA yang telah menghancurkan mahligai harapan.
Musim berubah dengan perginya ibu tercinta menyahut seruan yang Esa. Janji bertambah dengan beribu tirikan ANITA.
Apakah dengan kehadiran seorang lagi insan yang bernama 'lelaki' akan merubah seberkas janji? HAIKAL tampak matang orangnya. HAIKAL mungkin bisa membahagiakan DIANA tapi itu semua belum cukup untuk memecah tradisi "JANJI DIANA". DIANA membesar sebagai seorang wanita berhati batu. DIANA mahu pastikan gerak tujunya tiada sempadan dan halangan. HAIKAL bingung dengan gelagat gadis yang bernama DIANA.
Dalam waktu yang sama, HAIKAL juga bingung dengan kerenah tunangnya SABRINA yang telah berlaku curang berulang kali sehingga memaksa HAIKAL memutuskan pertalian mereka.
Apakah pertembungan antara DIANA dan HAIKAL yang tidak dirancang akan membibitkan situasi yang bakal memecah gelombang kehidupan DIANA? Berjayakah HAIKAL membawa DIANA keluar dari dunianya?
Namun kehadiran KAMAL (anggota kumpulan IJOY) yang telah jatuh hati pada adiknya ZETTY mengheret HAIKAL lebih jauh untuk menjejaki IJOY yang telah menodai kesucian ZETTY semata-mata kerana dendam terhadap DIANA yang tidak membenarkan IJOY menghampirinya. DIANA mempunyai motif yang kuat untuk membantu HAIKAL. HAIKAL juga tidak dapat mengelak dan membenarkan DIANA menebus maruah ZETTY dari tangan musuh utamanya.
Apakah insiden-insiden yang tidak diduga ini telah membawa bibit rnanis kepada DIANA dan HAIKAL? Mungkin kepada HAIKAL tetapi tidak kepada DIANA. "JANJI DIANA" tetap digenggam kukuh. Siapa dan bagaimana seharusnya untuk menjinakkan seekor kucing yang telah diguris jiwanya? Apakah masih ada harapan untuk melembutkan kerak nasi yang telah sebati dengan periuknya? Sampai bilakah ianya akan berakhir?
Semua persoalan ini akan terjawab setelah anda menonton "JANJI DIANA", sebuah filem yang membongkar gejala sosial remaja kota. Paksi utamanya adalah gelodak jiwa seorang gadis bernama DIANA yang terperangkap antara dendam, noda dan dosa antara cinta dan maruah diri "JANJI DIANA".
FAKTA MENARIK
ERRA FAZIRA akan memegang watak yang paling kontras dari watak-wataknya sebelum ini. ERRA FAZIRA menjadi DIANA, gadis yang anti lelaki, pendendam dan bebas laku.
ROSYAM NOOR memegang watak HAIKAL pertama kali berganding dengan ERRA FAZIRA dalam watak utama yang mencabar
Kernunculan pertama SARIMAH IBRAHIM dalam filem arahan dan terbitan DATUK YUSOF HASLAM rnemegang watak SABRINA wanita egois yang mata keranjang.
Filem kedua FAZLEY selepas filem "GERAK KHAS THE MOVIE II" memegang watak KAMAL
Filem sulung lakonan INTAN SARAFINA dan ELLY MAZLEIN
Filem ke 12 arahan DATUK YUSOF HASLAM selepas filem "GERAK KHAS THE MOVIE II" yang mencatat kutipan 2.8 Juta.
WATAK-WATAK
ERRA FAZIRA - DIANA
ROSYAM NOOR - HAIKAL
SARIMAH IBRAHIM - SABRINA
FAIZAL HUSSIN - IJOY
FAZLEY - KAMAL
INTAN SARAFINA - ZETTY
ELLY MAZLEIN - ELLY
SHUKRI HASHIM - MURAD
ERMA FATIMA - ANITA
PENGARAH - DATUK YUSOF HASLAM
PEMBANTU KHAS PENGARAH - NORHAN MAHMOD
PENOLONG PENGARAH - SHAHRIZA MAHMOD
CERITA ASAL - DATUK YUSOF HASLAM
SKRIP - D.Y HASLAM & NORHAN M.D
PENGARAH FOTOGRAFI - OMAR MAN / OMAR ISMAIL
KOS PEMBIKINAN RM1.3 JUTA
LOKASI - KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
MULA PENGGAMBARAN - 23 SEPTEMBER 2002
AKHIR PENGGAMBARAN - AWAL NOVEMBER 2002
JANGKAMASA PENGGAMBARAN - 45 HARI
PENERBIT - SKOP PRODUCTIONS SDN BHD