Soalnya
Siapa?
Erra
Fazira membicarakan soal hati…
Penulis: Hafeez Harun
“Is
Erra Fazira in love?”tanya
penulis penuh keikhlasan. Erra Fazira yang baru lima minit duduk di kerusi empuk
di bilik conference Manja, seolah-olah dah jangkakan soalan yang dikemukanan.
Sambil
menikmati sanwic telur yang dihidangkan, Erra yang dalam mood ceria menjawab,
“ Semua orang perlukan perhatian, kasih sayang. Ini soal biasa bagi semua manusia.”
Hai soalan penulis masih belum terjawab! Tapi tak apa. Penulis memang dah bersedia
untuk berjuang dengan soalan-soalan yang mungkin pembaca Manja tercari-cari
jawapannya. Ya kan?
Jelitawan
yang pernah meraih gelaran Ratu Cantik Malaysia mula bertapak di dunia perfileman
di bawah asuhan Dato’ Yusof Haslam. Sejak itu namanya melonjak naik. Artis berwajah
lembut ini pandai membawa dirinya. Tetapi gosip-gosip cintanya dengan leading
man dalam dunia hiburan Melayu tak henti-henti.
Namun
kisah cintanya bak air sungai yang mengalir lseu. Beliau boleh dianggap artis
yang berjaya. Tapi kebahagiaan alam percintaan todak berpihak kepadanya. Inilah
menjadikan Erra Fazira sumber kekuatan bagi para peminat yang kecundang bercinta.
Menerusi
lakonan dan lagu-lagunya Erra seolah-olah mendapat simpati dari audiensnya.
Tak hairanlah sewaktu promosi bersama Manja baru-baru ini ads yang histeria
ingin mencium dan bersalaman dengannya. Manja menjangkakan Erra adalah sebutir
bintang yang akan lebih cemerlang sinarnya.
Yang pahit…
Yang
pahit tak de. Nampaknya gosip-gosip yang tak menentu pun tak de. Jadi Erra ingat
yang pahit semuanya bercuti tahun ni (ketawa manja).
Itu
tak bermakna Erra lebih hebat dari Siti. Itu Erra anggap sebagai “pecahan undi”
saja. Antara Erra dan pesaing-pesaing yang lain. Bagi Erra, Siti is still
the best! Mungkin Erra bernasib baik waktu itu.
Yang ingin dilupakan…
(Sambil
mengunyah sanwic telur, hai lapar betul Erra, apakan tidak, dari lapangan terbang
terus ke pejabat Manja) Yang ingin Erra lupakan ialah penat dan terasa sakit
badan, kerana kerja (tersenyum sambil menjeling manja!)
Satu
lagi Erra ingin sekali lupakan ialah gosip-gosip cinta. Boring betul
lah! Erra yang empunya diri ni rasa boring. Tak habis-habis media-media
bercakap tentang cinta di luar kerelaan Erra. Erra lebih suka fokus pada kerjaya.
Yang tak setia…
Huh?
(terperanjat Erra… kemudian ketawa) Waktu yang tak setia dengan ku! (Hai macam
dalam filem pulak!) Maklumlah kerja! Kerja! Kerja! Sampai tak dapat bersama
waktu.
Yang menenangkan…
Tentulah
bila tak digosip! Lagipun bila dah sibuk ni Erra tak de lah bercampur atau sering
appear di khalayak ramai.
Jadi tak de lah suasana hiruk pikuk. (Telefon bimbit berdering… Siapa tu? Oh
ibu… love you too, jawab Erra. Mesranya dengan mak. Anak Emak kot!)
Harapan…
Tahun
2002 memang banyak fokus ke filem. So Erra hope tahun 2003 dapat
lebihkan bidang nyanyian. Erra harap sangat album terbaik Erra Fazira dapat
dihasilkan. Terbagus dari album yang sudah-sudah.
Rancangan…
Tahun depan genaplah
10 tahun Erra melayari bahtera anak seni. Erra nak sesuatu yang berlainan dalam
pembikinan album. Tapi biarlah perubahan itu tidak terlalu drastik. Tidak mudah
orang nak terima kan?
Untuk
filem, Erra nak rehat. Tahun depan Erra banyak tunggu tayangan filem-filem yang
telah dihasilkan. Erra berharap sangat nak buat konsert. Kalau boleh setelah
2 atau 3 bulan launch album, Erra nak follow-up dengan konsert.
Big consert in KL!.
Apa
yang penting…
Erra
nak tekankan disini bahawa displin amat penting sebagai pelakon. Sebab kita
melibatkan banyak pihak. Kalau kita slack selalu semua orang akan terganggu.
Homework nak kena buat. Kita kena faham karakter kita. Hafal skrip dan
jangan takut bertanya.
Watak yang paling
dibenci…
Sedih
dan sering menangis. Penatlah menangis. Peninglah. Kadang-kadang dalam set
tengah mood nangis kena CUT!
Watak paling
susah…
Nangis.
Sebenarnya susah nak nangis!
Watak stereotaip…
Watak
baik. Itulah yang produser pandang kat Erra. Bila mereka dah buat skrip, mereka
rasa Erra yang sesuai sangat dengan watak baik ni.
Watak idaman…
Erra
nak cuba watak jahat. Tapi jangan kasi Erra watak penggoda. Penggoda Erra fail!
Jahat yang zalim ke. Erra ada lakonkan watak ala Ziana Zain dalam ‘Maria Mariana’
filem terbaru ‘Janji Diana’. Tunggulah tayangannya pada raya nanti.
“Itulah
bukan impian Erra. Kalau ada satu bonus. Yang penting ada peningkatan dalam
apa jua yang Erra lakukan!”
“Mereka
juga popular. Jadi nampak macam Erra bercinta. Kawan-kawan artis lain
juga bercinta. Mungkin mereka bercinta dengan orang-orang biasa. Erra sebenarnya
tidak merancang dengan siapa Erra harus bercinta. Sebab Erra begitu akrab dengan
perkerjaan Erra – kerja! Kerja! Kerja! So Erra tidak ada masa nak berjumpa
orang baru ke, atau diperkenalkan dengan seseorang ke? Erra tidak ada masa!
“Kalau
Erra jumpa seseorang, Erra jumpa orang-orang dalam industri saja. Jadi bila
kita berkawan orang nampak. Inilah yang menguatkan gosip. Tapi ini kan ketentuan
Tuhan.
“Bagi
Erra sesiapa nak gosip, silakan. Selagi ia tidak mengganggu orang lain ok lah!
Buat masa ini senang saja, kalau tidak ada ikatan, Erra nak fokus pada kerja.
Sesiapa yang mendekati Erra untuk berkawan, silakan.”
Jawab
Erra: “Yes. Erra Fazira is in love but… BERCINTA DENGAN Y… ooops!
dengan kerjayanya! Bukan Erra nak rahsia, tetapi pengalaman mengajar Erra, biarlah
percintaan menjadi milik Erra yang peribadi, sehingga sesuatu yang pasti berlaku.
Kalau berlaku baru Erra akan buat pemgumuman.
“Mungkin
ianya berlaku tapi Erra takut tak menjadi. Takut pisang akan berbuah dua kali.
We understand!”
5
perkara yang bakal dilakukan
5
kuih/lauk yang digemari
5
orang yang terus disayangi
5
lagu Hari Raya yang digemari
5
perkara yang menggembirakan