Erra & Yusry menyamar pakai purdah!
Oleh: Huzz

Pasangan kekasih - Erra Fazira & Yusry Abdul Halim (KRU) dijadualkan berangkat ke tanah suci Mekah pada 10 Nevomber lalu bersamaan 5 Ramadan. Itulah yang mereka rancangkan.

Semasa berbual dengan Huzz di lokasi fotografi sempena keluaran raya untuk majalah Mangga pada awal Ramadan lalu, Yusry sempat bercerita tentang rancangan nak mengerjakan umrah bersama beberapa orang rakan termasuk Erra serta ib saudara Erra.

Jom baca cerita mengenai rancangan Yusry & Erra mengerjakan umrah, menjelang Hari Raya Aidilfitri dan kisah lucu Yusry & Erra terpaksa memakai purdah kerana nak menyaksikan satu pameran komputer.

Cerita Yusry: "Insya Allah saya akan ke tanah suci selama sepuluh hari. Saya akan balik ke KL pada, Insya Allah, 21 November. Balik ke KL kemudiannya saya akan memenuhi jadual jemputan berbuka puasa.

"Saya dah buat persiapan nak ke sana bukanlah selepas konsert KRU 26 Oktober lalu, tapi saya dah mohon visa dan pergi membuat pemerikasaan kesihatan sebelum itu lagi.

"Saya memberitahu Erra yang saya akan menyertai rombongannya ke sana hanya selepas konsert itu. In pengalaman pertama saya nak ke sana. Lain laa Erra dia dah tiga kali ke sana.

"Sebenarnya sebelum ini saya dah ada hajat nak ke sana. Nampaknya sekarang saya berpeluang untuk bersama-sama umat Islam lain mengerjakan umrah di tanah suci pada bulan mulia ini."

Tak ajak emak Yusry bersama?

"Ikutkan hati nak bawa emak saya sama, tapi tak dapat sebab emak ada hal nak diuruskan."

Bagaimana pula dengan doa di depan Kaabah?

"Seperti orang lain memang saya pun akan memohon doa di depan Kaabah... antaranya dia kesihatan yang baik, murah rezeki dan tak lupa mendoakan keluarga saya samua akan dapat ke tanah suci suatu hari nanti."

Macam mana dengan doa agar ditemukan jodoh?

"Biasalah tu Huzz, saya seperti orang lain nak berdoa fasal jodoh tu. Ya... saya akan berdoa ditemukan jodoh dengan orang yang saya cintai."

"Erra ni tak nak laa komen apa yang nak di doa tu. Rahsialah. Bagaimanapun hati Erra memang gembira sangat apabila Yusry nak menyertai rombongan Erra. Bila Yusry bagi aje jawapan dia nak ke Mekah... entah kenapa Erra pulak yang rasa seronok sangat."

"Erra pun dah beritahu emak Erra. Tahun lepas Erra bawa emak dan nenek ke sana. Emak pun tahu Yusry akan pergi bersama tahun ini."

Macam mana dengan haji pulak?

Jawab Yusry: "Insya Allah kalau ada rezeki di masa akan datang nanti."

Yusry nak bagi Erra duit raya

Wah bertuah ya! Rupanya Yusry bukan saja sediakan perbelanjaan beraya untuk diri sendiri tetapi juga untuk Erra. Masa Huzz tanya Yusry apakah hadiah dia untuk Erra di hari raya? Katanya, dia tak suka bagi hadiah.

Cerita Yusry: "Saya tak akan sediakan hadiah berupa baju atau kasut... pada saya bila nak sambut raya tu... saya suka bagi dia duit raya. Lagi pun kalau nak belikan baju... you tahu tak Huzz... bajunya dah banyak.

"Saya tengok sejak berkawan dengannnya (berkenalan sejak beberapa tahun tapi serius bercinta dua tahun)... dia rajin beli baju. Entah-entah dah banyak dalam almari rumah tu.

"Jadi, saya bagi duit raya."

Jawab Erra: "Ya... tahun lalu Erra dapat duit raya daripada Yusry. Kalau tahun ini dia nak bagi lagi kita terima aje. Terima kasih. Erra pun ada laa nak bagi hadiah kat dia."

Tambah Yusry: "Ya... dia suruh saya tempah baju... tapi saya tetap bayar sendiri.

Sebenarnya Erra pun ada juga bagi hadiah kat saya.... masa hari jadi saya sebelum ini. Tapi pada saya dalam persahabatan dan percintaan bukanlah saya harapkan dia bagi hadiah saja kat saya."

Ada rancangan nak beraya ke rumah keluarga Erra?

"Ya, pagi raya saya dan keluarga akan berada di rumah famili sebelah ayah di Taman Melawati, lepas tu balik Gopeng rumah keluarga sebelah emak. Insya Allah raya kedua baru saya beraya dengan Erra.

"Macam tahun lalu... kami beraya ke rumah kawan dan kenalan terdekat. Lepas tu KRU akan buat majlis rumah terbuka untuk perminat.

Tambah Erra: "Raya tahun ni Erra macam biasa balik Kampung Choh, Rawang beraya dengan emak dan nenek. Erra tak ada rancangan beraya di luar KL. Mengenai rumah terbuka (jamuan raya)... Insya Allah Erra akan buat open house juga, cuma tarikhnya aje tak tahu bila."

Yusry tak tahan panas pakai purdah

Percaya atau tidak, tapi itulah kenyataannya. Yusry dan Erra menyamar jadi wanita Arab siap pakai purdah.

Cerita Yusry: "Kejadian itu ada laa dalam tiga bulan lalu. Masa tu kita berdua nak pergi beli komputer kat satu pameran komputer di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur."

"Mula sekali saya yang cadangkan pada Erra eloklah dia pakai purdah, jadi tak ada orang kenal kalau masuk dalam area public.

"Tapi kemudian Erra tanya saya balik, bagaimana pula dengan saya ni? Akhirnya dia suruh saya pakai purdah hitam tu sama.

"Purdah tu dia laa punya. Akhirnya kami berdua pun bersiaplah dari rumah ke sana dengan memakai purdah. Memang kelakar juga tapi demi nak mengelakkan diserbu terpaksa buat macam tu.

"Kami ajak seorang kawan yang menyamar jadi pemandu pelancong, konon-konon kami ni pelancong dari Arab.

Hmm saya rasa memang okey tak ada yang kenal... tapi saya dengar ada orang bercakap... eh dia ni apa.. lelaki ke perempuan?"

Kata Erra: "Sebab cara dia (Yusry) jalan tu kasar!"

Tambah Yusry: "Tapi kot itu yang pertama dan terakhir pakai purdah... sebab saya tak tahan panas."

Begitulah susahnya jadi orang dikenali.

Ha... sebelum ini Micheal Jackson artis barat yang pernah dikatakan kononnya suka menyamar tutup kepala dan pakai macam wanita arab kerana nak privacy di tengah public area.

Tak Huzz nafikan kalau tidak kerana purdah tu pastikan kedua-duanya kena melayan ramai peminat yang menyerbu.

Hari itu Yusry dan Erra membeli komputer di majlis itu di mana sampai dia orang pulang tidak ada sesiapa sedar yang kedua-dua 'wanita arab' itu ialah orang terkenal di Malaysia.

Merisik tahun depan ke?

Cerita Yusry & Erra nak kahwin memang kecoh. Tak habis tahun lalu... cerita tu dibawa ke tahun ini. Huzz bertanya... kisah merisik dan bertunang mereka... benarkah pada bulan Mei tahun depan atau di hari raya nanti?

"Insya Allah raya tahun ini saya akan mengajak keluarga beraya ke rumah keluarga Erra.

Tapi tak ada laa sampai cerita nak merisik... bulan lima pun... tak ada. Tak ada sebarang rancangan ke arah tu lagi."

Demikianlah cerita Yusry & Erra pasangan bahagia tu.

Disini Huzz nak merakamkan ribuan terima kasih kerana salam penat di bulan puasa, Yusry dan Erra tak keberatan berulang kali mengadakan fotografi untuk Mangga.

Selamat hari raya maaf zahir batin!