Cuba berdrama

PEMERGIAN Erra Fazira dan Yusry ke Makkah untuk mengerjakan umrah diketahui ramai. Walaupun mereka tidak menghebahkannya, tetapi dapat juga dihidu media daripada sumber-sumber yang rapat dengan pasangan ini.

Ramai juga tahu mereka pulang ke tanah air 19 November. Petang itu, baru teringat kepulangan Erra-Yusry, tapi tidak pasti masa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lalu SPY MA risik orang terdekat Erra.

Apabila menghubungi pengurusan Erra, jawapannya tak tahu kerana masih menunggu telefon daripada Erra. Pelik juga apabila orang di Erra Fazira Entertainment (EFE) tidak tahu.

Tapi tak apa, cari sumber lain, iaitu di pihak Yusry pula. Soal punya soal, ada pihak tersasul mengatakan mereka selamat sampai jam 5 pagi itu (Selasa). Masa itu jam menunjukkan 5 petang, tapi mengapa orang Erra mengatakan tidak tahu dan masih menunggu berita Erra?

SPY MA tak puas hati lalu bertanya dengannya semula mengapa cuba main drama kerana Erra sudah sampai. Dengan profesionalnya, dia mengatakan “Iye ke... Alhamdulillah...kalau betul Erra sudah sampai.”

Walaupun tak puas hati kena wayang, tapi nak buat macam mana, terima sajalah. Petang itu berbuka puasa dengan orang KRU Music Group (KMG). Dia mengesahkan Yusry selamat sampai jam 5 pagi serta kepenatan dan kini tidur nyenyak di rumah keluarganya.

Apapun, SPY MA ucapkan selamat pulang ke tanah air kepada Erra dan Yusry serta faham mereka tidak mahu heboh-heboh. Tapi, yang dikesalkan ialah sikap orang EFE sampai berlakon begitu hebat sekali.

Kalau masa ditanya itu Erra akan tiba malam itu ke... mungkin ada sebab menyamar demi menyelamatkan Erra daripada disambut jurugambar mau gambarnya baru pulang mengerjakan umrah.

Ini dah balik lama...Tak baik berbohong tau, apatah lagi ketika bulan puasa. Hari lain bukannya tak jumpa lagi dan mungkin akan memerlukan media untuk menghebahkan berita Erra.