Erra, Yusry Kerja Umrah
MINGGU lepas SS ada menceritakan mengenai ramai artis kita yang mengerja umrah di tanah suci Makkah, antaranya Erra Fazira yang sudah beberapa kali melakukannya.
Tapi, istimewanya kali ini Erra ditemani kekasihnya, Yusry. Turut serta ialah emak saudara Erra.
Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, jam 10.20 malam Ahad lalu dan pulang ke tanah air 19 November ini.
Menurut teman SS yang turut berada di lapangan terbang pada malam itu, Erra dan Yusry berjaya melepaskan diri daripada wartawan yang ingin mendapatkan cerita mengenai pemergian mereka ke tanah suci itu. Wartawan hanya melihat Erra yang bertudung dicelah-celah orang ramai yang memasuki ruang Imigresen di tempat pelepasan antarabangsa.
Nampaknya Erra dan Yusry sudah pandai menyorok, mungkin tidak mahu mengheboh-hebohkan
pemergian mereka itu, apatah lagi pergi berdua.