Nak Berlakon Filem Apa - Siapa Pengaruhi Erra Fazira?

Erra Fazira memang sedang laris di pasaran filem sekarang. Kalau tidak, takkanlah bekas Ratu Cantik Malaysia itu menjadi rebutan di antara syarikat penerbitan filem Kuasatek Pictures (KP) dan Metrowealth Movies Productions (MMP).

Telah berlaku sedikit kehangatan mengenai Erra kerana kedua-dua syarikat tersebut mahukan khidmatnya dalam dua buah filem berasingan iaitu sequel ('Mr. Cinderella 2') terbitan KP serta 'Cinta Kolesterol' (MMP).

Hangat dan sensasinya mengenai Erra ialah apabila dia dikatakan telah menurunkan tandatangan persetujuan berlakon filem 'Cinta Kolesterol' (CK) di depan mata Mohd Noor Kadir, sedangkan aktres itu terlebih dahulu telah berjanji untuk meneruskan aksinya sebagai Puteri Megawati dalam 'Mr. Cinderella 2' (Mr.C 2).

Namun Erra mempunyai penjelesannya sendiri mengenai masalah yang timbul. "Bagi Erra sebenarnya tiada masalah untuk berlakon dalam kedua-dua filem tersebut. Erra akan berlakon dulu filem Mr.C 2 dan kemudiannya barulah menumpukan perhatian pada filem CK.

"Erra mahu mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua syarikat penerbitan tersebut yang telah bertolah ansur selepas berbincang dengan baik. "Inysa-Allah pada 15 Januari ini, Erra akan mula berada di lokasi pengambaran filem Mr.C 2. Erra sudah bersedia kembali memikul tanggungjawab sebagai Puteri Megawati.

"Cuma kali ini homework untuk filem watak tersebut tidaklah seteruk semasa 'Mr. Cinderalla'. Ini kerana Erra dah faham karekter Puter Megawati dan dalam Mr.C 2, watak tersebut ternyata lebih matang.

"Mengenai cara Erra yang turunkan tandatangan untuk bersetuju menyertai MMP di depan Mohd Noor , Erra boleh nyatakan sebenarnya telah timbul salah faham.

"Memang benar Erra buat begitu (turunkan tandatangan) sebab Erra fikir Mohd Noor tak kisah. Lagipun semasa kami berbincang sebelum Erra turunkan tandatangan dengan MMP, Mohd Noor tidak berkata ya ataupun tidak.

"Mohd Noor tidak banyak bercakap dan dia tidak beritahu Erra sama ada dia berkecil hati dengan perbuatan Erra itu. Jadi Erra fikirkan semuanya okey. Tetapi rupa-rupanya Mohd Noor tersinggung.

"Selepas peristiwa itu Mohd Noor menelefon Erra dan mengatakan bahawa dia berkecil hati apabila Erra sain kontrak dengan MMP sedangkan Erra tidak lagi sain kontrak dengan KP.

"Untuk pengetahuan semua, kontrak yang Erra sain dengan MMP itu adalah sebagai tanda persejutuan kerjasama di antara syarikat Erra, Erra Fazira Entertainment (EFE) dengan MPP untuk filem CK.

"Tetapi Erra belum lagi sain kontrak untuk menjadi pelakon utama dalam CK. Jadi Erra harap Mohd Noor faham.

"Semasa peristiwa tersebut, Erra belum sain apa-apa kontrak dengan KP. Jadi semua itu merupakan satu iktibar buat Mohd Noor juga sebab surat hitam putih ternyata lebih penting walaupun masing-masing terlebih dahulu sudah berjanji mulut.

"Walau bagaimanapun , Erra juga amat mementingkan nilai persahabatan. Sebab itulah, Erra mahu jelaskan di sini, segala perkara yang keruh telah kembali dapat dijernihkan.

"Keputusan Erra menyertai MMP juga sebenarnya tidak dipengaruhi sesiapa. Yang pasti, Erra akan sain kontrak untuk menyertai Mr.C 2 tidak lama lagi.

"Tawaran CK itu bagus dan Erra ambil keputusan tersebut bukannya atas dasar dicucuk sesiapa. Lagipun ini adalah untuk masa depan syarikat Erra," jelas Erra sewaktu dihubungi menerusi telefon bimbitnya, baru-baru ini.

Tertarik Watak Filem 'Cinta Kolestrol'

Erra juga menambah, dia tidak punya asalah untuk menolak CK disebabkan jalan cerita filem tersebut yang menarik.

"Erra bersejutu berlakon CK sebab tertarik dengan watak Erra sebagai perempuan berbadan gemuk. Lagipun, Erra bukan sahaja berlakon tertapi turut bekerjasama dalam penerbitan filem tersebut.

"Soal bayaran lumayan yang diberikan oleh MMP kepada Erra tidak timbul. Kalau diikutkan, jumlahnya tidak banyak beza dengan apa yang ditawarkan oleh KP. Yang utamanya Erra sukakan karakter dalam CK.

"Kalau Erra tak ambil watak dalam CK itu, sudah tentu pelakon lain berebut-rebut mahu mengambilnya. Watak itu menarik, ala-ala filem 'Nutty Professor' (lakonan Eddie Murphy).

"Kostum dan mekap untuk watak Nutty sahaja menelan belanja RM 100,000. Soal demanding juga tidak timbul. Memang ada pihak yang bagi idea pada Erra agar letakkan harga tinggi.

"Tetapi Erra pandang pada jangka masa panjang. Kalau Erra letakkan harga yang terlalu tinggi, nanti tak ada produser yang mahu mengambil Erra berlakon filem.

"Erra memintai bidang seni dan Erra mahu mencuba pelbagai watak. Kalau Erra tolak watak dalam CK, nanti watak tersebut akan terlepas ke tangan pelakon lain," tegas Erra bersungguh-sungguh.

'Soalnya Siapa?'

Di samping itu, mengenai filem terbarunya, 'Soalnya Siapa?'. Lakonan bersama Aflin Shauki, Erra ternyata gembira dengan wataknya sebagai Nurul Ain.

"Inilah untungnya ada sequel filem. Dalam 'Soalnya Siapa?', Erra hanya kembangkan watak Nurul Ain. Dengan skrip yang baik serta kerjasama pelakon-pelakon lain yang hebat.

"Erra ada kebebasan ruang mempamerkan bakat lakonan. Erra tidak terikat pada dialog. Sebab itulah, dalam filem tersebut, kesemua pelakon memberikan lakonan bersahaja yang menarik perhatian penonton.

"Pengarahnya, Hafsham, tidak menyekat kebebasan pelakon. Erra tidak mengharapkan sebarang anugerah Akters Terbaik untuk filem ini meskipun Erra telah memenanginya untuk filem 'Soal Hati', kira-kira dua tahun lepas," ujur Erra yang bakal muncul bersama Yusry KRU dalam dua buah filem, Mr.C2 dan CK.

Ikhlas Dari,
Ayu Rosniza (Jelapang Padi, AS Kedah)