Erra cuti berlakon kerena Yusry (KRU)

Kalau dah cinta, apa sahaja sanggup dilakukan terhadap kekasih demi membuktikan kesetiaan dan keutuhan terhadap cinta. Ewah! Ewah macam yo, yo pula. Jangan mare ye, Erra dan Yusry, Tak Sayang Mulut saja nak usik-usik dalam ruangan yang tak berinsurans ini.

Ni lah. Tak Sayang Mulut dapat tahu, Yusry dah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada 15 Jun lalu.

Yang bestnya, mengenai sambutan ulang tahu kelahiran tersebut, Erra khabarnya sanggup mengambil cuti berlakon filem Soalnya Siapa daripada produsernya, Kak Chah (Habsah Hassan) gara-gara nak meraikan hari istimewa itu bersama buah hatinya.

Khabarnya, ulang tahun kelahiran Yusry telah disambut oleh Erra dan beberapa teman rapat mereka. Alah! Siapa lagi, kalau bukan mereka-mereka yang sewaktu dengannya.

Hai! Tak kisahlah dengan siapa dia orang nak meraikannya, asalkan pasangan ini bahagia, Tak Sayang Mulut pun tumpang 'gumbira'.

Siapa tahu dalam diam-diam, pasangan ini sudah mengikat janji? Yalah! Sebelum ini pun, dalam HAI keluaran 15 Jun lalu, Uncle Halim iaitu bapa kepada Yusry pernah menyatakan hasratnya untuk menikmati jamuan makan bersama bakal menantunya, Erra sempena sambutan Hari Bapa pada 16 Jun lalu.

Mungkin Erra berpeluang untuk meraikan hari tersebut bersama keluarga Yusry. Entah-entah dalam pertemuan itu akan menghasilkan sesuatu.

Tahu ajalah, Uncle Halim tu hanya menunggu Yusry membuka mulutnya aja untuk keluarganya pergi meminang Erra. Hah! Apa lagi nak ditunggu Yusry, tangguh-tangguh nanti, takut diambil orang. Jadi jangan tunggu lama-lama.

Nampaknya, kegembiraan Yusry berganda pada tahun ini, mana tidaknya, Tak Sayang Mulut dapat tahu Yusry baru sahaja membeli sebuah kereta baru iaitu Mercedes berwarna hitam.

Wah! Bertuah Erra kalau dapat Yusry.

OOPS!