YUSRY buat kejutan besar di hari lahir ERRA FAZIRA

Perempuan umpama sekuntum bunga semakin usia meningkat dewasa, semakin mekarlah bunga itu dan akhirnya, menanti dek kumbang. Itulah perumpaan bagi menggambarkan diri Ratu Filem Melayu, Erra Fazira yang sudah genap berusia 29 tahun.

Pada 9 Februari lalu, Erra menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29. Walaupun Erra sibuk menjalani penggambaran filem Mr. Cinderella 2 (Mr.C2), terbitan bersama Kuasatek Pictures dan Skop Productions, tetapi hari bersejarah baginya itu tetap tidak dilupakan oleh cik abang tersayang, Yusry KRU.

Maka, di hari ulang tahun kelahirannya, Erra diberikan kejutan oleh Yusry. Apakah kejutan yang dibuat oleh Yusry? Nak tahu jawapannya, biarlah Erra sendiri yang bercerita. Itu pun kalau Erra nak buka mulut!

"Ah! Sudah genap 29 tahun usia Erra tahun ni." Kata Erra sambil berseloroh.
Tambah Erra, dia bersyukur dan gembira kerana dapat menyambut ulang tahunnya. Kata Erra, " Erra rasa sangat gembira. What is my wish on my birthday? Erra doa agar diberi kejayaan dan kegembiraan dalam kehidupan.

"Sambutan ulang tahun hari lahir Erra diadakan di rumah salah seorang kawan kami (Erra dan Yusry). Memang mereka mengadakan sebuah majlis kecil untuk sambutan hari lahir Erra. Erra sendiri tak tahu yang dia orang dah plan surprise party untuk Erra.
"It was a surprise party. Satu kejutan yang luar biasa. Apa yang Erra boleh katakana ialah kejutan yang dibuat oleh Yusry di majlis ulang tahun hari lahir Erra kali ini, tak mungkin Erra dapat lupakan sepanjang hayat Erra. "Opps! Maaflah ya. Erra tak boleh cerita apakah kejutan yang Yusry buat untuk Erra tu. Rahsia.

Apa pun, Erra nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang sama-sama mengadakan surprise birthday party untuk Erra, " kata Erra yang ketika dihubungi pada 10 Februari lalu, iaitu sehari selepas sambutan ulang tahun hari lahirnya, sedang bersiap-siap untuk hadir ke pelancaran filem Cinta Kolesterol .

Filem Cinta Kolesterol dibintangi oleh Erra dan Yusry. Filem itu dijadualkan menjalani pengambarannya selepas Erra dan Yusry menamatkan pengambaran filem Mr.C2 sekitar akhir bulan ini.

Berbalik kepada perbualan mengenai sambutan ulang tahun hari lahirnya tahun ini, agaknya apakah hadiah istimewa yang Erra dapat daripada cik abang tersayangnya itu? Sambil ketawa, Erra berkata, "OO…Hadiah ya…Apa abang kita beritahu awak? Memang benar, dia hadiahkan kita sebuah beg tangan jenama Christian Dior (CD). Erra suka hadiah tu sebab memang Erra suka beg tangan CD. Dah lama Erra target tu.

"Apa? Hadiahkan cincin kat Erra? Sudah, jangan nak melalut," kata Erra sambil ketawa lagi.
Sebenarnya, seronok dapat mengusik Erra Fazira sewaktu berkesempatan berbual dengannya. Justure HAI bertanya kepada Erra, tahun depan usianya 30 tahun. Apakah dia tidak takut jika dirinya masih belum bersuami?

"Alah. Orang ni memang akan mengata apa sahaja tentang kita. Kalau Erra jadi macam Ella, amacam? Dia pun tak kahwin-kahwin lagi," kata Erra yang gemar berjenaka mungkin kerana nak release tension sebab 'kepalanya' sarat memikirkan tentang kerja.

MERAJUK

Apabila dapat berbual dengan Erra yang sering sibuk bekerja, banyaklah yang dibualkan dengannya, termasuk betapa sukarnya 'mendapatkan' Erra sejak kebelakangan ini untuk tujuan fotografi majalah.

Sekalipun HAI tahu kesukaran untuk 'mendapatkan' Erra bukan kerana dia sudah berubah sikap atau mahu menghindari wartawan hiburan. Sebaliknya, kesibukan dan kesuntukan masa kerana perlu menjalani penggambaran demi penggambaran filem membuatkan banyak pekara yang terpaksa Erra ketepikan.

Tetapi dalam pada itu, HAI terdengar cerita kononya Erra merajuk. Ini disebabkan ada pihak yang mengatakan bahawa Erra Fazira sudah over expose. Jadi, apakah penjelasan Erra tentang perkara ini?

"Memang Erra ada memberitahu Syed (Pengurus Erra) supaya kurangkan fotografi dalam majalah. Erra tak mahu orang kata, balik-balik muka Erra. Belek majalah tu pun muka Erra.

"Erra akui, rasa merajuk apabila orang kata Erra over expose dalam majalah. Sebenarnya, semua artis akan lalui masa over expose ni bukanlah satu jangka masa yang panjang.

"Erra pun kalau over expose bukanlah untuk selama-lamanya. Masa sekarang banyak kerja yang Erra sedang lakukan. Erra banyak terima tawaran berlakon. Jadi, banyaklah publisti.

"Erra sebenarnya nak masyarakat fikir sendiri. Please be positive about other people's achievement. Kalau Erra tolak tawaran berlakon filem, ia akan jadi satu isu pula. Timbullah kata-kata yang Erra tak nak berlakon bawah pengarah yang tak ada nama.
"Apabila Erra terima, dikatakan tamaklah pula sebab filem secara back to back.
Jadi nak promosikan filem dan disebabkan Erra banyak kerja, Erra terima banyak fotografi.

"Dan telinga Erra ni pula, nipis. Jadi apabila orang mengata everywhere asyik muka Erra, Erra pula pesan dan beri arahan kepada pengurus Erra, tolonglah tapis-tapis fotografi. Erra sendiri pun tak nak orang 'muntah darah'," jelas Erra yang bersyukur kerana filem Gila-Gila Pengantin mencatat kupitan RM 2 juta.

YUSRY TAK CUKUP TIDUR

Pelengkap artikel sambutan ulang tahun hari lahir Erra Fazira ini sudah tentulah temu bual dengan Yusry KRU. Ketika HAI menghubungi Yusry di hari yang sama HAI menghubungi Erra, Yusry sedang menanti giliran untuk masuk ke set pengambaran filem Mr.C2.

"Saya kerja siang dan malam untuk pengambaran Mr.C2 yang bermula 15 Januari lalu. Tidur pun tak cukup. Kalau shooting, habis sampai ke subuh. Tapi, call time dia tak adalah pagi-pagi. Kira orait la.

"Apabila shooting filem, saya akui kena tangguhkan kerja-kerja lain terutamanya kerja ofis. Saya dapat bayangkan apabila habis pengambaran filem nanti, bertimbunlah kerja kat ofis yang menanti.

"Saya taklah komplen, sebaliknya nak memberi gambaran betapa sibuknya saya hari ini. Kebetulan, saya dapat tawaran berlakon filem yang back-to-back. Selepas Mr.C2 yang terakhir pengambarannya ialah di New Zealand, saya dan Erra akan sambung pula dengan filem Cinta Kolesterol.

"Setakat ini, saya gembira dan puas hati dengan perjalanan penggambaran filem Mr.C2. Cara pembikinan file mini pun lebih teliti jika dibandingkan dengan Mr. Cinderella yang pertama dahulu.

"Watak saya sebagai Hakami pun berkembang dalam filem sequal ni. Dulu Hakimi tak banyak dialog. Tapi Hakimi dalam Mr.C2 lebih yakin dalam lakonannya," kata Yusry.
Menyetuh tentang meraikan ulang tahun hari lahir Erra Fazira, Yusry berkata "Sebenarnya, kau telefon aku sebab nak bertanya fasal birthday Erra, kan. Adalah aku belikan hadiah untuk dia.

"Memang aku hadiahkan beg tangan untuknya. Memang itulah yang dia suka. Sebab ada satu hari tu, kita orang jalan-jalan untuk shopping, dia dah suka kat beg tangan jenama CD. Jadi, aku pun belikan beg tangan tu," kata Yusry mengakhiri perbualan.

Ikhlas Dari : Ayu Rosniza
(Jelapang Jadi AS Kedah)