Mengapa
Yusry lebih suka beri Erra 'duit raya'
MEREKA mungkin belum bernikah.
Malah, ikatan pertunangan pun belum lagi.
Namun, si jelita yang dah berusia 28 tahun tetap dapat duit raya daripada buah hatinya. Begitulah untungnya nasib artis jelita, Erra Fazira.
Yusry dari kumpulan KRU yang kini dikaitkan dengannya bukan setakat menyediakan perbelanjaan raya untuk dirinya sendiri tapi juga memberi peruntukan buat si pujaan hati.
Dalam laporan majalah Mangga terbitan terkini, Yusry mendedahkan:
'Saya tak akan sediakan (Erra) hadiah berupa baju atau kasut... pada saya bila nak sambut raya tu... saya suka bagi duit raya. Lagipun, kalau nak belikan baju... bajunya dah banyak.
'Saya tengok, sejak berkawan dengannya (berkenalan sejak beberapa tahun lalu tapi serius bercinta dua tahun lalu)... dia rajin beli baju. Entah-entah dah banyak dalam almari rumah tu.
'Jadi, saya bagi dia duit raya.'
Malah, Erra mengakui ini bukanlah kali pertama beliau menerima duit raya daripada Yusry, 29 tahun, pelakon yang menjadi Mr Cinderella-nya dalam filem dengan nama yang sama itu.
'Ya... tahun lalu Erra dapat duit raya daripada Yusry. Kalau tahun ini dia nak bagi lagi kita terima aje. Terima kasih. Erra pun ada laa nak bagi hadiah kat dia,' kata Erra.
Di samping itu, Erra turut mencadangkan Yusry agar menempah baju.
'Ya... dia suruh saya tempah baju... tapi saya tetap bayar sendiri. Sebenarnya, Erra pun ada juga bagi hadiah kat saya... masa hari jadi saya sebelum ini.
'Tapi pada saya dalam persahabatan dan percintaan bukanlah saya harapkan dia bagi hadiah saja kat saya,' tambah Yusry.
Yalah, bagi Yusry cinta yang tak berbelah bagi kira dah cukuplah itu 'kan?
Hai, nak juga kita tahu berapa agaknya duit raya yang Yusry kasi Erra tahun
ini. Sampai 'beribu-ribu lemon ke?'