Apa
yang anda ingin tahu tentang Erra dan Yusry
Bila nak bernikah dengan Yusry?
'Nantilah, ada jodoh adalah. Saya pun tak tahu. Saya tak tahu macam mana nak jawab soalan itu sebab tak tau lagi.'
Kenapa bertangguh?
'Tertangguh? Tak ada tertangguh kerana kami belum menetapkan sebarang tarikh
pun. Kalau tertangguh itu ada tarikh. Sekarang ni kami masih mengenali, masih
nak berkawan-kawan.'
Apakah tarikan yang ada pada Yusry?
'Saya pun tak tahu sebab saya berkawan setakat ni, saya tak tau di mana keistimewaan dia. Saya suka dia sebagai kawan. Kalau nak tau dia istimewa atau tidak, jika dia suami saya, maka dia adalah istimewa bagi saya.
'Buat masa sekarang ni, kawan biasa. Tak tau sampai bila. Kalau ada pelabuhan ada perhentian, stop-lah (berhenti). Kalau tak ada, terus berkawan sampai bila-bila.'
Teman lelaki lain?
'Dialah kawan lelaki saya yang paling rapat, kerana saya tidak ada kawan lelaki yang rapat macam dia.'
Ingin bertunang sebelum bernikah?
'Saya tak tahu. Belum ada perancangan.'
Soal mengenali keluarga Yusry dan soal merisik?
'Dah lama dah kenal keluarga dia. Merisik, belum lagi ada dalam list (senarai).'
Usia ideal untuk berumah tangga
'Dah lepas dah, 25 tahun. Sekarang saya dah 28 tahun. Tapi saya ok...'