Skop gandingkan Rosyam, Erra
Selepas 'Gerak Khas The Movie (GKTM) II' dan terbaru 'Mr Cinderella' yang dihasilkan dengan usaha sama Kuasatek, Nisa dengar Datuk Yusof tetap sibuk membikin projek lain. Nampaknya tiap tahun ada saja buah tangan daripada produser dan pengarah gigih tu.
Projek yang dimaksudkan tu tentunya filem yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini. Filem terbaru Skop diberi judul 'Janji Dayana'. Nisa dapat tau penggambaran filem ni dijadualkan bermula pertengahan September ni. Lokasi pula tertumpu di sekitar Kuala Lumpur.
Khabarnya sejak awal-awal lagi memang Datuk Yusof dah menempah hero 'KL Menjerit', Rosyam Nor serta si jelita Erra Fazira. Maklumlah kedua-dua selebriti tu kan sekarang jadi rebutan ramai produser.
Sebelum ni Rosyam dan Erra pernah berlakon bersama tapi kali ni mereka digandingkan
sebagai hero dan heroin. Jadi bagi peminat kedua-dua selebriti popular tu, nantikan
saja 'Janji Dayana' di pawagam...