Cit Cat Siti, Erra ke Jepun?

KONTROVERSI Parti Cit Cat 2002 (PCC2002) masih belum reda dan ia terus diperkatakan di kalangan wartawan mahupun pengurus artis. Faham-faham ajelah maksud Zubir ni ya. Sekalipun orang kuatnya, Azwan Ali yang sentiasa berani mati tu terus dikecam hebat, Zubir dengar cerita Azwan terus diburu penaja besar untuk membawa rancangan nombor satu di Astro Ria, Cit Cat menjelajah ke seluruh dunia!

Tahun lepas, Azwan pernah beritahu Zubir untuk membawa Amy Mastura ke New Zealand, tup-tup meletup pula cerita Azwan sekarang ni tengah bekerja keras mendapatkan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza dan Julia Roberts Malaysia, Erra @ Eera Fazira, terbang ke Jepun! Iya ke ni? Zubir pun calling-calling si Azwan.

“Syukur alhamdulillah, di sebalik kecaman hebat segelintir pihak, Cit Cat terus bernafas dan akan memasuki musim keenamnya bermula 19 Februari ini jam 9 malam, setiap Rabu di Astro Ria. Alhamdulillah juga kerana ketika ini penaja gergasi sedang memburu Cit Cat mengadakan rakaman di luar negara.

“AAP (Azwan Ali Productions) akan memastikan ia bukan omong kosong!,” kata Azwan bersungguh-sungguh.

Dalam pada tu, Zubir dengar cerita AAP dah confirmed dapatkan Amy ke New Zealand (tajaan Impiana Group) hujung Mac ini. April pula dijangka Ella dan Jojie akan diterbangkan ke Perth, Australia yang bakal mendapat tajaan sepenuhnya dari Western Australia Commissioner.

Azwan juga tengah all out memujuk Siti dan Erra menjayakan rakaman Cit Cat, Mei ini di Miyazaki, Jepun yang ditaja oleh Sheraton Resorts.