'Gila-Gila
Pengantin' Raih RM2.2 juta
BARU dua minggu ditayangkan di pawagam, namun filem arahan Aziz M Osman, 'Gila-Gila Pengantin' lakonan Erra Fazira, Juliana Banos dan Norman Hakim mencatat kutipan yang mengejutkan. Mana taknya, filem kerjasama Ace Motion Pictures dan Skop Productions itu mampu meraih RM2.2 juta.
Walaupun sebelum ini ada kedengaran komen mengenai filem tu, nampaknya segala kritikan tidak membataskan hasrat penonton untuk ke panggung. Ramai juga yang sanggup berbaris panjang bagi mendapatkan tiket. Persaingan dengan filem Barat juga bukan alasan halangan untuk mengaut pulangan memberangsangkan. Malah Nisa dengar ada di kalangan peminat yang pulang dengan kekecewaan selepas mendapati tiket habis.
Bukan apa, Nisa dapat tau ada peminat yang sampai menontonnya berulang kali. Kata mereka, jalan ceritanya mudah dan dimantapkan lagi dengan kehadiran pelbagai watak yang melucukan. Kebanyakannya terhibur melihat telatah Wanda lakonan Juliana atau Jun yang dikatakan cukup bersahaja. Wah, nampaknya menjadi juga watak kebudak-budakan penyanyi dan model popular tu ye. Patut la Datuk Yusof gigih menggilap bakatnya.
Jadi bagi peminat filem Melayu jangan lupa untuk menyokong industri filem kita.
Malam ini juga, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akan melancarkan
Kuala Lumpur World Film Festival 2003 di Dataran Merdeka... sama-sama la kita
ke sana dan memeriahkan majlis itu nanti.