Erra Fazira - Yusry noktahkan kisah cinta mereka

Tidak tenang hati dan perasaan Erra Fazira dan kekasihnya, Yusry KRU apabila keluar lagi cerita tentang pertunangan mereka. Sekalipun sudah berkali-kali pasangan ini menjelaskan agar tunggu sahaja masa sekiranya mereka ditakdirkan ada jodoh, namun ada pihak yang awal-awal lagi, mengesahkan mereka bertunang pada 03.03.03.
HAI bukannya mahu menjadi melukut di tepi gantung. Jauh Sekali mahu bersikap menangguk di air keruh. Tetapi, jika Erra dan Yusry memberikan kenyataan yang cenderung kepada 'ya, kami akan bertunang pada sekian-sekian masa,' HAI terpaksa menghubungi Erra dan Yusry yang ketika ini, berada di New Zealand, untuk mendengar penjelasan daripada mereka.
Tetapi sebelum itu, pembaca setia HAI mungkin dapat menyelami perasaan Erra apabila terpaksa berhadapan dengan soalan yang melibatkan peribadi dan masa depan dirinya. Dan baca juga jawapan Yusry walaupun terpaksa mengulangi jawapan yang sama tentang pertunangannya dengan Erra Fazira.

KALAU 03.03.03. ERRA-YUSRY TAK JADI BERTUNANG: JANGAN SAMPAI ERRA FAZIRA LARI

Sukarnya bagi Erra Fazira, 29 untuk menjalani kehidupan seperti insan lain. Sebagai seorang public figure, setiap apa yang dilakukan oleh raty filem melayu ini menjadi perhatian dan bahan media massa.
Sejak bergelar artis sehinggalah ke hari ini, kehidupan privacy Erra sebenarnya sudah hilang. Itulah 'harga' yang perlu dibayar oleh Erra apabila memilih bidang seni sebagai kariernya.
Walaupun Erra tidak mengeluh. Tetapi sebagai manusia, dia juga mempunyai hati dan perasaan. Kadangkala, perasaan yang terpendam di dalam hatinya itu amat sukar untuk digambarkan menerusi kata-kata.
Apatah lagi, selepas peristiwa pahit yang tidak diundang terjadi ke atas dirinya. Bukan sengaja mahu luka lamanya berdarah kembali, tertapi berita gempar yang pernah menlanda diri Erra ialah apabila pertunangannya dengan Awie dahulu, putus di tengah jalan.
Selepas peristiwa itu, Erra berusaha untuk memulihkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan. Tup tap tup tap, bermulalah cerita Erra dan Yusry KRU bercinta. Kalau boleh, Erra mahupun Yusry tidak mahu jika cerita hubungan mereka menjadi tajuk utama perbualan.
Sehinggakan ada pihak yang membuat spekulasi berani tentang tarikh pertunangan mereka. Dari setahun ke setahun, Erra dan Yusry dijangkakan akan bertunang dan sekali gus, kahwin.
Erra sendiri pernah meminta agar tarikh pertunangannya jangan dipermain-mainkan oleh orang lain. Jangan diperlekehkan kerana sebenarnya, apabila keadaan ini berlaku, kehidupan peribadi Erra Fazira yang sedang 'diperjudikan'.
Bulan puasa lalu, sewaktu Erra dan Yusry berada di Mekah kerana mengejarkan umrah, tersiar cerita yang mengatakan pada 03.03.03 ialah tarikah Erra dan Yusry akan bertunang.
Sekembalinya pasangan ini ke tanah air, Erra meminta agar jangan ada pihak yang pandai-pandai menentukan tarikh pertunangannya. Maklumlah, segala kemungkinan boleh terjadi. Dan sudah tentulah Erra tidak mahu pisang berbuah dua kali sekiranya perancangan untuk bertunang tidak menjadi kenyataan.
Terbaru, keluar lagi cerita Erra dan Yusry akan bertunang. Kali ini, cerita itu lebih detail dengan persiapan majlis pertunangan mereka. Bahkan, baju warna apa yang akan dipakai oleh Erra dan Yusry, juga ditulis dengan jelas.
Jadi HAI terpaksa menghubungi Erra dan Yusry yang berada di Christchurch, New Zealand kerana sedang menjalani pengambaran peringkat akhir filem Mr. Cinderella 2 untuk bertanyakan tentang cerita pertunangan mereka.
"Entah tak tahu macam mana Erra nak jelaskan. Apa jadi kalau pekara ni tak jadi? Apa nak jadi kalau pada 03.03.03 nanti, Erra tak ada apa-apa? Sekali lagi Erra yang kena berhadapan dengan semua orang.
"Sudah nak gambarkan macam mana perasaan Erra ketika itu. Malu pun ada, tapi agaknya benarlah bahawa inilah 'harga' yang perlu Erra bayar kerana menjadi public figure, kerana memilih untuk menjadi artis.
"Tapi itu dah nasib Erra. Kalau orang lian sekalipun dalam kedudukan Erra, dia orang pun mungkin tak terjawab dengan soalan mengenai pertunangan.
"Memang Erra ada perancangan, ada ura-ura dan cita-cita ke arah itu (bertunang dan kahwin). Tetapi Erra tak tahu sama ada semua itu sampai ataupun tidak?
"Kalaulah tak jadi, mungkin Erra akan lari meninggalkan Malaysia. Sebab Erra tak mungkin dapat berhadapan dengan keadaan kerana Erra malu," kata Erra yang cukup baik hati kerana menghubungi HAI pada 18 Februaru lalu.
Erra sebenarnya sedih apabila bercakap dengan HAI. Daripada nada suaranya, HAI dapat dengar yang gadis cekal ini sedang menangis. Lantas, HAI terasa bersimpati terhadap Erra yang serba salah untuk menjawab persoalan mengenai dirinya dan majlis pertunangannya.
Lantaran itu, HAI mengubah topic perbualan kerana tidak sampai hati untuk mendengar tangisan Erra Fazira buat kali kedua!

KE HOLLYWOOD
Erra bercerita yang penerbangannya ke New Zealand pada 14 Februari lalu, berjalan dengan agar lancar.
"Dari Kuala Lumpur, Erra dan rombongan Mr. Cinderella 2 ke Singapura. Dari Singapura, kami ke Auckland yang mengambil masa selama 10 jam. Kemudian, destinasi terakhir yang dituju ialah Christchurch.
"Keseluruhan perjalanan tu okeylah juga. Cuma adalah satu insiden yang berlaku iaitu beg kena tahan kat imigresen. Penerbangan pun jadi delayed. Tapi, kiranya kita orang semua sampai pukul 7.00 malam.
"Hari ini 18 Februari, Erra tak terlibat dalam pengambaran. Tak ada scene. Tetapi Erra turun juga ke lokasi temankan yang lain-lain. Cuaca kat sini, walaupun musim panas, tetapi sejuk," kata Erra.
Untuk mengembalikan mood ceria Erra, HAI bertanya kepadanya, setelah sekian lama berlakon, Erra dikatakan boleh membuka production housenya sendiri untuk menerbitkan filem.
"Eleh! Nak kata Erra boleh buka production house sendiri untuk menerbitkan filem, rasa-rasanya sekarang ni masih belum mampu lagi. Soal duit, memanglah Erra ada kumpul sikit-sikit.
"Memang benar, Erra nak ikuti kursus perfileman di luar negara. Erra nak belajar lebih dalam lagi, selok-belok tentang pembikinan filem.
"Maka itulah, Erra nak ikuti kursus asas terlebih dahulu. Kat dalam negara pun ada kalau Erra nak buat kursus asas tu. Kalau Erra nak buat kat luar negara, mungkin Erra nak ke Indonesia.
"Ada kawan yang buat survey untuk Erra kalau Erra nak ikuti kursus jangka pendek kat Amerika Syarikat. Ada yang mencadangkan Erra ikuti kursus perfileman jangka pendek di New York.
"Kalau kat Hollywood, boleh buat praktikal. Sekarang, Erra tengah survey lagi. Mungkin ke Los Angeles sebab kat situ, ada ditawarkan kursus jangka pendek. Inilah yang Erra sedang plan kerana dah lama Erra berminat untuk buat kursus ini.
"Nantilah, Erra akan bercuti dari berlakon. Memang tunggu habis shooting filem 'terakhir' Cinta Kolesterol, Erra bukan sahaja akan tumpukan semula perhatian kepada bidang nyanyian. Tetapi kalau ada masa terluang, Erra ikuti kursus perfileman.
"Lagipun Erra fikir, tak akan selama-lamanya kita ni berada di hadapan kamera. Lamat-laun, akan tiba masanya Erra akan berundur. Jadi sekaranglah Erra kena buat persediaan sebelum tiba masanya untuk berundur.
"Pendek kata, kalau Erra perlu berulang-alikn dari Kuala Lumpur ke Indonesia untuk mengikuti kursus perfileman di peringkat basic, Erra akan lakukan," kata Erra yang tidak lagi menangis sebelum perbualan dengannya diakhiri.

YUSRY BOSAN DENGAN CERITA TUNANG
Pisau dan tali di tangan Yusry Abd. Halim. Jadi atau tidak perancangan ura-ura dan cita-cita Yusry dan Erra Fazira untuk bertunang, semuanya terletak di tangan pihak lelaki yakni Yusry.
Tidak mungkin cerita Yusry dan Erra akan bertunang boleh reda sehingga tibanya tarikh 03.03.03. Ini kerana ada pihak yang awal-awal lagi sudah membuat spekulasi hebat,'sesuatu' akan berlaku di tarikh tersebut yang melibatkan hero dan heroin filem Mr. Cinderella 2 ini.
Di mata HAI, apa yang pasti akan berlaku pada tarikh 03.03.03 ialah pelancaran album pop terbaru penyanyi Siti Nurhaliza. Maka itulah, untuk 'duduk' sekapal dengan pihak yang meramal pada tarikh itu, Yusry akan menghantar rombongan peminangan ke rumah keluarga Erra, agak sukar untuk dilakukan oleh HAI.
Mungkin HAI terima kata-kata yang sering diucapkan oleh Yusry yang berbunyi, "Kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan." Justeru, semua pihak harus sabar menanti sama ada benar Erra bergelar tunangan Yusry ataupun tidak selepas tarikh 'cantik' itu.
Namun begitu , HAI bukan sahaja tidak mahu ketinggalan tetapi juga tidak mahu dianggap kurang bijak sekiranya tidak menghubungi Yusry yang berada di New Zealand untuk bertanyakan tentang cerita terbaru dia dan Erra selamat Bertunang.
Kali ini, cerita pertunangan mereka dibuat secara lebih mendalam…termasuklah pakaian warna apa yang akan dipakai oleh Yusry dan Erra di hari pertunangan mereka, majlis dibuat di mana, belanja hantaran dan sebagainya.
Pada 18 Februari lalu, HAI berusaha seawall pagi (8.30 pagi waktu tempatan) untuk menghubungi Erra dan Yusry di New Zealand. Usaha HAI untuk menghubungi Erra sudahpun berjaya disempurnakan. Hanya tinggal Yusry sahaja yang agak sukar untuk dihubungi kerana ketika itu, Yusry sedang sibuk menjalani penggambaran filem Mr. Cinderella 2.
Dalam usaha beberapa kali menghubungi Yusry, HAI dapat bercakap dengan hero kacak ini sekali. Tetapi tidak sempat untuk diwawancara. Atas permintaan Yusry, HAI diminta menghubunginya lagi dan lagi….
Kali ini, seorang lelaki bernama Bob yang menjawab bagi pihak Yusry. Kata Bob, Yusry masih lagi sedang shooting. Maka sehingga pukul 6.00 petang, HAI terus mencuba juga menghubungi Yusry.
Usaha 'menjejaki' Yusry, tidak berakhir di situ sahaja, pada keesokkan harinya 'pecarian' diteruskan jua untuk mendapatkan komen Yusry.
Meskipun telefon bimbit Yusry berbunyi, panggilan itu tetap tidak berjawab. Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya panggilan tersebut dijawab oleh seorang lelaki.
Kata lelaki tersebut, Yusry sedang menjalani penggambaran lalu dia memanggil Yusry. Bagaimanapun, HAI hanya mendengar 'Helo' dan kemudiannya hubungan kami terputus.
Tanpa merasa jemu, HAI tetap berusaha menghubungi Yusry. Malangnya, panggilan itu disambungkan pula ke peti simpanan suara.
Pada sebelah tengah harinya pula, HAI sekali lagi menghubungi telefon bimbit Yusry yang dijawab oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya adalah kawan Yusry.
Dia memberitahu HAI agar menghubungi Yusry pada minggu hadapannya apabila artis terbabit kembali ke tanah air.
"Ini kawan Yusry, You jangan membazir wang menelefon, ni kat New Zealand, Yusry shooting . Telefon Yusri ni divert kat telefon i. I tak boleh cakap lagi, I tengah memandu," jelasnya lalu mematikan panggilan tersebut.
Setelah menyedari kesukaran untuk bercakap dengan Yusry, HAI telah menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada Yusry agar dia dapat menghubungi kami.
Malangnya, penantian kami tidak berkesudahan, Yusry tidak juga membalas SMS itu, apatah lagi nak menghubungi kami.
Demi memenuhi tuntutan tugasan yang telah diamanahkan, tanpa rasa segan silu, HAI terus menelefon Yusry pada petang harinya.
Sekali lagi, telefon tersebut dijawab oleh seorang lelaki dengan memberitahu, Yusry belum balik dari lokasi penggambaran lalu mematikan panggilan tersebut.
Pada pagi 20 Februari lalu, usaha terakhir masih diteruskan untuk menghubungi Yusry. Malangnya telefon bimbit Yusry terus disambungkan ke peti simpanan suara.
Sehingga artikel mengenai yusry ini ditulis pada pukul 1.00 tengah hari, 20 Februari, usaha untuk mendapatkan komen Yusry tentang cerita pertunangannya itu tetap tidak berhasil walaupun kami mencuba selama tiga hari berturut-turut.
Berdasarkan usaha yang telah dibuat, nyata Yusry seolah-olah cuba melarikan diri. Tidak dinafikan pada waktu itu, dia sibuk menjalani penggambaran filem Mr. Cinderella 2. tetapi mana mungkin sesebuah penggambaran filem mengambil masa 24 jam sehari tanpa henti, sehingga tiada waktu senggang untuk Yusry menjawab panggilan HAI .
Sebelum ini, Yusry yang meminta HAI jangan jemu menghubunginya lagi dan lagi….sedangkan Erra yang turut terlibat dalam penggambaran tersebut di New Zealand masih mempunyai ruang untuk menjawab panggilan HAI dan sekali gus memberi komen tentang isu pertunangan itu.

Ikhlas Dari,
Ayu Rosniza (Jelapang Padi AS Kedah)